Mereka berbangsa India.. Mereka bukan beragama Islam.. Tetapi entah apa yg Allah campakkan ke dalam hati mereka... Mereka tidak memilih parti lain... Tetapi memilih Amanah yg terang2 mereka tahu mendakwa parti ini parti Islam... Bukan sekadar memilih utk menjadi ahli Parti Amanah, namun sanggup berpanas terik berjalan kaki dalam program sumbangan kpd kekuarga miskin hari ini..
Sekalung tahniah kepada sahabat2 ku Mr Muniandy, Mr Bharat dan Ms Kalyani.
AMANAH FOR ALL....
Dari Facebook Anuar Yusuff
Sekalung tahniah kepada sahabat2 ku Mr Muniandy, Mr Bharat dan Ms Kalyani.
AMANAH FOR ALL....
Dari Facebook Anuar Yusuff
NEGARA INI BUKAN UMNO YANG PUNYA
Satu keburukan paling nyata kepada rakyat jelata yang disebabkan UMNO tidak pernah kalah sejak pilihanraya pertama pada 1955 ialah parti itu dan pemimpinnya merasakan negara ini adalah kepunyaan mereka.
Ketika sedang memegang kuasa, tidak saja segala-galanya seperti masjid, sekolah, harta kerajaan, wang rakyat dan sebagainya umpama hak mereka, semasa pilihanraya pula akan selalu terdengar gambaran seolah-olah mengalahkan UMNO adalah sama dengan menumbangkan kerajaan.
Keadaan itu sebenarnya tidak baik kepada rakyat. UMNO hanyalah parti yang diberi kuasa mentadbir kerajaan secara sementara, tetapi yang berkuasa selama-lamanya adalah rakyat dan pengundi.
Setiap lima tahun apabila pilihanraya diadakan, rakyat mesti memilih semula kerajaan baru untuk lima tahun berikutnya dan begitulah seterusnya. Ini bermakna tuan sebenar adalah rakyat dan parti-parti yang bertanding, termasuk UMNO, perlu mendapat mandat baru dalam pilihanraya yang diadakan itu.
Jika parti yang menguasai kerajaan itu memuaskan hati dan menjaga kebajikan rakyat, kemungkinan ia dipilih semula adalah tinggi. Sebaliknya, kalau khianat dan tidak amanah kepada kuasa yang dipegang itu, rakyat biasanya akan memilih parti lain sebagai pengganti.
Tidak dinafikan UMNO ketika dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn atau Tun Mahathir, ada jasa-jasa tertentu yang mereka lakukan yang menyebabkan mereka sentiasa dikenang, selain keutamaannya ialah menjaga kepentingan rakyat. Hak rakyat sentiasa dipelihara sambil negara dibangunkan berdasarkan era serta kemampuan masing-masing.
Itulah antara sebab dan penyumbang kekalnya UMNO tanpa henti-henti berkuasa sejak sebelum merdeka lagi.
Tetapi, UMNO ketika era Najib Razak ini sudah terlalu jauh berbeza. Selain hak rakyat tidak dijaga, berlakunya begitu banyak skandal sehingga menjadi sebutan dan siasatan di pelbagai negara telah menjadikan UMNO tidak layak lagi untuk terus diberikan kuasa dalam negara ini. Negara yang dulu harum sudah jadi busuk disebabkan oleh Najib.
Di pelbagai negara lain, pemimpin seperti Najib ini sudah lama "ditendang" daripada puncak kuasa. Beberapa negara jiran kita dan negara-negara Arab misalnya, mereka lebih dulu tidak rela mempunyai pemimpin yang penuh skandal, banyak membazir dan ghairah kepada kemewahan atas nama kuasa yang rakyat berikan.
Tetapi, oleh kerana UMNO mempunyai sejarah kuasa yang agak panjang dan dengannya merasakan negara ini mereka yang punya, bukan saja pemimpin yang penuh skandal itu tidak sedar diri, para penyokong dan pengikutnya juga sama begitu.
Mereka kini mempertahankan UMNO untuk terus berkuasa bukan lagi untuk menjaga kebajikan atau kepentingan rakyat, sebaliknya lebih untuk mengelakkan pemimpinnya daripada diadili dan didakwa atas kecurangan besar yang dilakukannya itu.
Selepas kekal berkuasa, tidak mustahil kecurangan yang lebih besar akan terus berlaku dan berlaku lagi tanpa titik noktahnya.
Setelah beberapa kali pilihanraya umum diadakan, PRU 14 akan datang adalah satu-satunya peluang terbaik untuk rakyat menukar kerajaan dan seterusnya menyedarkan UMNO bahawa negara ini bukan mereka yang punya.
Selain kerana alternatifnya iaitu Pakatan Harapan sedang berada di landasan yang betul dan dipimpin oleh Tun Mahathir yang pernah memberi kebahagian dan dan kesejahteraan selama 22 tahun kepada kita sebelum ini, kelebihan kepada perubahan juga disebabkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sekarang mempunyai reputasi dan imej paling buruk dalam sejarahnya.
Gagal menukar parti yang menguasai kerajaan dalam pilihanraya akan datang samalah seperti mengekalkan bala bencana yang sudah sedia ada.
Negara akan menjadi lebih baik dan rakyat turut menerima lebih manfaat jika perubahan kerajaan dan parti yang memegang kuasa mudah bertukar ganti. Parti yang terlalu lama memerintah dan sukar bertukar ganti biasanya hanya menggalakkan gejala rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan samunan terhadap harta rakyat semata-mata.
Parti yang mudah bertukar ganti untuk menguasai kerajaan akan menyebabkan masing-masing berlumba untuk memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat. Pemimpinnya pula lebih takut untuk melakukan kesalahan kerana bimbang ia akan dibongkar dan diadili oleh pihak yang berkuasa selepasnya.
Malaysia, didorong oleh gejala buruk dan kecurangan besar yang dilakukan oleh UMNO ketika ini, sudah sampai waktunya kita harus berani melangkah ke arah perubahan. Bukan UMNO tidak ada jasanya, tetapi kesalahan dan pelbagai gejala buruk di era Najib ini jauh lebih besar dan tidak boleh dibiarkan lagi, berbanding jasa masa lalunya.
Dengan parti boleh bertukar ganti, tidak saja UMNO akan sedar bahawa negara ini bukan mereka yang punya, malah akan menyebabkan bermulanya era berlumba-lumba di kalangan parti-parti yang bertanding untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat.
Jika selepas berkuasa, Pakatan Harapan tidak menjadi sebaik yang dijanjikan, ia boleh dan lebih mudah dikalahkan dalam pilihanraya berikutnya. Kalau UMNO ketika itu sudah insaf dan dibarisi pemimpin-pemimpin yang boleh diharapkan, kuasa boleh dikembalikan semula kepadanya.
Yang penting, keadaan itu dapat mengukuhkan lagi keyakinan rakyat betapa Malaysia ini milik mereka dan siapa yang mahu diberi kuasa untuk menguruskannya juga adalah kebebasan mereka menentukannya.
Langkah Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik akan bermula sebaik UMNO dan Najib dikalahkan terlebih dahulu. (ShahbudinHusin 10/10/2017)
No comments:
Post a Comment