Ridhuan Tee: Nak suci sangat, jangan ke kedai Cina
Penceramah terkenal Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menolak tanggapan bahawa Cina tidak bersih, seperti dilontarkan oleh bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin.
“Memang secara fizikal majoriti orang Cina kencing berak tidak menggunakan air. Mereka menggunakan tisu. Tetapi mengatakan secara umum, Cina tidak bersih, saya tidak setuju.
“Memang secara fizikal majoriti orang Cina kencing berak tidak menggunakan air. Mereka menggunakan tisu. Tetapi mengatakan secara umum, Cina tidak bersih, saya tidak setuju.
“Secara umum, masyarakat Cina sudah terkenal sifat pembersih, walaupun mereka tidak berpegang kepada hadis, kebersihan itu sebahagian daripada iman.
“Tetapi berbanding dengan mereka yang berpegang dengan hadis tersebut, cuba lihat bersih atau tidak rumah atau restoran atau tempat kerja mereka,” kata ahli akademik daripada Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan, Universiti Sultan Zainal Abidin itu.
Free Malaysia Today (FMT) semalam melaporkan Zamihan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana membidas sebuah kedai dobi di negeri itu yang melarang pelanggan bukan Islam.
Free Malaysia Today (FMT) semalam melaporkan Zamihan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana membidas sebuah kedai dobi di negeri itu yang melarang pelanggan bukan Islam.
Beliau menyifatkan orang Cina tidak suci selepas membuang air besar dan pakaian umat Islam tidak boleh dibiarkan bercampur dengan pakaian bukan Islam atas keperluan untuk beribadat.
“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” Zamihan dipetik sebagai berkata.
Zamihan mendakwa laporan itu berniat jahat dan mahu membunuh karektornya serta mengancam menyaman tiga media dan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.
Ustaz Zamihan Al-Ghari
12 jam yang lalu
KENYATAAN MEDIA
1. Saya memandang serius artikel yang disiarkan Free Malaysia Today (FMT) bertajuk 'Pegawai Jakim Selar Sultan Johor, Bidas Cina Tak Bersih, yang disiarkan portal berita berkenaan pada Selasa kelmarin.
2. Artikel FMT itu jelas berniat jahat dan berunsur fitnah terhadap saya selain cuba mengeruhkan hubungan antara agamawan dan Istana berhubung isu dobi muslim. Bahkan FMT juga dilihat mempunyai agenda tersembunyi untuk merosakkan hubungan antara kaum dengan me...
Lihat Lagi
'Tahi cicak di ruang solat'
Menulis di laman berita rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ridhuan turut berkongsi pengalamannya sendiri bahawa jarang rumah orang Cina yang diziarahinya bersawang atau mempunyai lantai berlumut dan kotor.
“Berbanding dengan kita, usah pergi jauh. Lihat masjid surau kita. Pergi bahagian tempat wuduk, tandas dan sebagainya. Ini belum termasuk ruang solat berselerak dengan tahi cicak,” katanya.
“Berbanding dengan kita, usah pergi jauh. Lihat masjid surau kita. Pergi bahagian tempat wuduk, tandas dan sebagainya. Ini belum termasuk ruang solat berselerak dengan tahi cicak,” katanya.
Realiti hari ini, kata Ridhuan, tidak ada sebuah negara Islam pun yang boleh dikategorikan bersih dalam kalangan 30 buah negara teratas di dunia.
Beliau juga membangkitkan isu-isu lain yang melibatkan orang Cina dan bukan Islam.
“Jika nak suci sangat, jangan kunjungi pasar raya atau kedai-kedai Cina. Boleh dikatakan semua produk makanan dan pasar raya adalah keluaran mereka.
“Begitu juga, jangan pegang wang siling atau kertas kerana semua itu sudah berlegar di kedai babi dan kedai judi.
“Kenapa kita simpan duit ini dalam wallet (dompet) dan membawanya bersolat. Bukankah ia tidak suci?” soal mualaf itu lagi.

Generalisasi rugikan dakwah
Sementara itu, dalam hal masalah sosial juga, anak-anak umat Islam yang memakan makanan “halalan toyiban” (halal dan baik) sering melepak, menghisap dadah dan mencuri, termasuk kasut-kasut di masjid.
Sementara itu, dalam hal masalah sosial juga, anak-anak umat Islam yang memakan makanan “halalan toyiban” (halal dan baik) sering melepak, menghisap dadah dan mencuri, termasuk kasut-kasut di masjid.
“Sedangkan mereka yang tidak bersih, tidak suci, pemakan babi dan pemelihara anjing dan sebagainya, mereka yang bekerja siang malam untuk mencari wang dan menjadi kaya raya.
“Gejala sosial mereka tidaklah sehebat kita hari ini. Sebab itu, komen secara umum sebegini tidak berhikmah,” katanya.
Menghormati hak Zamihan memberikan pendapat, Ridhuan bagaimanapun menolak langkah generalisasi itu kerana ia merugikan dakwah.

“Islam bukan hanya bercakap soal bersih suci sahaja. Malah, lebih besar daripada isu pendidikan anak-anak selepas itu,” katanya.
“Tidak ada gunakan mendirikan rumah berdepan kaabah, dapat meminum air zam-zam dan mengerjakan umrah saban hari dan haji saban tahun, sekiranya kita hanya ekstrem dalam satu aspek sahaja, tetapi tidak ekstrem dalam perkara lain dalam melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup.”

malaysiakini
No comments:
Post a Comment