Pages

Monday, 30 October 2017

[Video Lambang BN semasa pembentangan bajet! Siapa dalangnya? 100 hari berlalu, HARAPAN gesa ROS lulus pendaftaran] 'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'.

Selasa, 31 Oktober 2017

Parlimen siasat logo BN semasa Bajet 2018

Dewan Rakyat hari ini mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan logo Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2018 yang disiarkan secara langsung, 27 Oktober lalu.
Siasatan itu susulan usul yang dibuat Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) agar perkara itu disiasat.
"Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, selepas ucapan beliau lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini?
"Saya memohon budi bicara agar siasatan (diadakan) untuk mengenalpasti bagaimana logo sebuah parti politik boleh ada dalam dewan semasa persidangan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said kemudian bersetuju agar perkara itu disiasat.
"Baiklah, setiausaha akan menyiasat dan menyelidik perkara ini dan maklumkan kembali kepada YB," katanya.
Kasthuri memuatnaik gambar tersebut di laman Facebooknya pada Jumaat lalu, selepas pembentangan Bajet 2018.
Dalam sidang media kemudian, Kasthuri berkata itulah kali pertama beliau melihat perkara sedemikian sejak mula menjadi anggota parlimen pada 2013.
"Ketika pembentangan perdana menteri mengungkapkan inisiatif dan insentif, (pada masa sama) bendera BN dipaparkan di skrin tersebut. Ia adalah belanjawan negara (oleh kerajaan) bukannya belanjawan BN.
"Adakah ini bererti BN sudah terdesak dan menggunakan apa sahaja cara untuk menunjukkan logo mereka kepada rakyat?" soalnya.
Beliau berharap siasatan akan dapat mengenalpasti pihak yang menjadi punca pemaparan logo BN di Dewan Rakyat itu.
"Timbalan speaker sudah setuju untuk siasat. Kami menunggu hasil siasatan dan dalang di sebalik perkara ini," katanya lagi.
malaysiakini


'Tiada sebab ROS lengahkan pendaftaran HARAPAN'

Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata tidak ada sebab Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk melengah-lengahkan proses pendaftaran gabungan itu memandangkan mereka telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan.
“Kami dah turuti segala syarat yang ditetapkan mengikut akta yang ada, tidak ada alasan lain yang perlu di lengah-lengahkan lagi, apakah ada udang di sebalik batu,” kata Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Pengerusi DAP Perak itu turut berkata, HARAPAN telah mengemukakan permohonan tersebut pada 24 Julai bersamaan 98 hari namun sehingga kini masih belum mendapat kelulusan daripada ROS.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di parlimen hari ini berkata ROS bertanggungjawab untuk meneliti setiap permohonan mendaftarkan parti politik yang diterima.
KDN turut berkata penelitian yang cermat diperlukan bagi memelihara aspek keselamatan dan kepentingan awam.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment