Pages

Tuesday, 24 October 2017

[Video Lebih baik Shafie terus mengampu Najib] 'Sabah tak perlu tunjuk ajar Semenanjung' & Isu semenanjung tak laku di Sabah.

Selasa, 24 Oktober 2017

'Sabah tak perlu tunjuk ajar Semenanjung'

Pengunjung dari Semenanjung yang memandu sekitar Kota Kinabalu, ke Ranau atau menaiki keretapi ke Tenom, akan melihat satu pemandangan di luar kebiasaan mereka – bendera Sabah dikibarkan hampir di semua tempat, bersama-sama bendera Malaysia.
Pemandangan ini boleh dikatakan unik untuk Sabah, tiada atau kurang di negeri lain di Semenanjung. Di semenanjung, biasanya bendera negeri hanya dikibarkan di bangunan kerajaan.
Jelas sentimen yang terzahir – selain nasionalisme, orang Sabah juga tinggi semangat “kesabahannya”.
Berbual dengan mana-mana penduduk di negeri ini, anda akan faham apa yang mereka mahu hanyalah hak-hak Sabah seperti yang telah dijanjikan, isu keluar dari persekutuan Malaysia langsung tidak timbul.
Aman Mohd Zain, 61, yang berasal dari Tuaran berkata, isunya bukan tentang keluar dari Malaysia.
“Ia lebih kepada mengubah kepimpinan sekarang. Umno lemah dalam membangunkan negeri.
“Tumpuan hanya pada industri pelancongan, sementara industri lain diabaikan. Ini menyebabkan ramai orang Sabah berpindah ke Semenanjung,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kota Kinabalu.


Kepimpinan Parti Warisan Sabah (WARISAN) sedar pentingnya perjuangan hak Sabah digerakkan melalui satu gerakan tempatan. Justeru mereka menubuhkan sebuah parti politik tempatan pada Oktober tahun lalu.
Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal sentiasa menegaskan yang tiada siapa berhak menentukan hal-ehwal Sabah, kecuali orang Sabah sendiri.
Dalam sebuah program di Tenom awal bulan ini, Shafie dalam ucapan penuh bersemangatnya berkata, pihak lain tidak patut memberitahu orang Sabah tidak boleh mentadbir negerinya sendiri.
“Orang Kuala Lumpur tidak perlu beritahu tentang apa yang kita mahu.
“(Kita) orang Sabah tahu apa yang kita mahu, kita tidak bodoh,” katanya yang kini dalam tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Janji perubahan
Shafie juga membangkitkan potensi yang ada pada Sabah, antaranya sumber asli serta kedudukan strategiknya di Laut China Selatan.
Katanya, Sabah kaya dengan bijih timah dan minyak sawit, dan berpotensi menjadi hab import dan eksport yang mampu menyaingi Pelabuhan Klang.
“Saya akan strukturkan pelaburan di Sabah. Berilah peluang kepada kami untuk mentadbir. Jika kami gagal tunaikan (janji), anda boleh tolak kami pada pilihan raya seterusnya.”
Ia diikuti dengan program bersama pengundi Cina di Tenom. Di sana, Shafie berjanji partinya akan lebih memberikan tumpuan kepada pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).
“Ini supaya ada (orang tempatan) yang boleh kendalikan kilang-kilang, tak perlu pekerja dari Bangladesh," katanya.
Penekanan WARISAN terhadap Sabah juga bukan sekadar kata-kata ucapan.
Misalnya ketika program di Tenom, ribuan hadirin dipersembahkan dengan tarian kebudayaan tempatan.
Ketika menyanyikan lagu negeri pula, Ketua Pemuda Mohd Azis Jamman dan Ketua Wirawati Isnaraissah Munirah Majilis dilihat meletakkan tangan di dada mereka. Barangkali kerana “semangat muda”, atau boleh jadi kerana kuatnya rasa cinta kepada negeri.


Apa yang jelas adalah mesej “Sabah untuk orang Sabah” bergema dalam diri ramai orang Sabah.
Dari Kota Kinabalu ke Tenom, ceramah WARISAN tidak pernah gagal menarik ramai hadirin, yang dengan penuh bangga menyanyikan lagu negeri dan melaungkan slogan “Ubah Sabah”.
Penduduk Tenom Raimah Jaiman berkata, ramai berharap WARISAN dapat merealisasikan janji perubahan.
“Kami mahu WARISAN membawa perubahan. Kami percaya WARISAN mampu mengubah segalanya,” kata suri rumah berusia 56 tahun itu, penuh yakin.
Gerakan tempatan tunggal
Konsep Sabah untuk orang Sabah inilah yang menjadi sebab utama Darell Leiking (timbalan presiden) dan Junz Wong (naib presiden) memutuskan untuk keluar dari parti masing-masing dan menubuhkan WARISAN bersama-sam Shafie.
Namun Leiking menjelaskan, berbeza dengan parti lain di Sabah, konsep WARISAN adalah "Orang Sabah untuk Sabah" dan bukannya "Sabah untuk orang Sabah".
"WARISAN percaya orang Sabah perlu bertanya apakah yang boleh mereka sumbangkan untuk negeri ini, bukannya apa yang negeri boleh beri kepada mereka," katanya.
Bercakap tentang parti lamanya PKR, Leiking berkata peluang terbaik untuk parti pembangkang bukan tempatan adalah pada PRU lalu.
Walaupun Pakatan Rakyat ketika itu berjaya memenangi undi popular, gabungan pembangkang terpaksa menyerah kalah yang menurut Leiking berpunca daripada gerimander.
“Kali ini saya sudah melihat penyelesaian bagi Sabah.
“Jika kita berjaya menyatukan penduduk negeri di bawah satu gerakan tunggal (dan berasaskan tempatan), kita mungkin mampu menumbangkan kerajaan, bersama-sama dengan apa yang sedang dilakukan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) di Semenanjung.
“Tetapi di sini, ini adalah misi dan hal-ehwal Sabah,” katanya.


Menurutnya, Sabah perlu dilihat daripada ketinggian yang berbeza berbanding negeri lain.
“Sabah berbeza, tentunya ada sebab mengapa kita dipisahkan Laut China Selatan,” katanya.
Sebelum Barisan Nasional, katanya, Sabah sentiasa ditadbir sebuah parti tunggal seperti United Sabah National Organisation (Usno), Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
“Kami mahu kembali dengan cara itu, dan kali ini dengan golongan yang tidak dibayangi kesalahan yang mereka lakukan. Tiada intimidasi yang dapat menundukkan kami,” katanya yang juga anggota parlimen Penampang.
DAP hanya untuk Semenanjung
Bagi Wong pula, beliau sangat menghargai parti lamanya iaitu DAP.
“DAP parti yang bagus, melayan saya dengan baik. Jika diberi pilihan, saya tidak ingin meninggalkannya. Tetapi saya di persimpangan.


Namun katanya lagi, DAP hanya parti yang bagus untuk Semenanjung.
“Mereka tidak sesuai untuk mewakili orang Sabah. DAP tidak akan dapat benar-benar memenuhi (aspirasi orang Sabah),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Likas itu.
Sebelum menyertai WARISAN, Wong berkata beliau telah cuba membangkitkan isu sentimen Sabah kepada parti lamanya.
“Mereka tidak mendengarnya, tidak percaya sentimen Sabah akan tercetus. (Sekarang) mereka sedar yang keadaan sudah berubah.
“saya beritahu mereka lebih setahun lalu, tetapi mereka enggan mendengarnya. Itulah sebab utama mengapa saya meninggalkan DAP,” katanya.

malaysiakini.

No comments:

Post a Comment