Pages

Wednesday, 4 October 2017

[Video Mat Sabu DEDAH Ketua Pemuda UMNO Miliki RM20 JUTA! Pegawai Kerajaan MILIKI EMAS JONGKONG!] Wanita AMANAH kecam menteri guna sekolah promosi Umno.

Rabu, 4 Oktober 2017


Foto Suara Rakyat.

Siapa kata Melayu akan jadi bangsa terbangsat jika#UMNO hilang kuasa ??!

Tak percaya... lihat saja CEO-CEO dlm Proton, MAB & Penasihat Komunikasi Najib memang dari bangsa 'melayu'..

TAHUKAH ANDA.. sudah DUA KALI CEO-CEO syarikat penerbangan Malaysia (MAB) dari bangsa 'Melayu' !!!

Antara CEO syarikat penerbangan Malaysia (MAB) :

1) Peter Bellew, warga Ireland (Julai 2016 - sekarang..)

2) Christoph Mueller, warga Jerman (Mei 2015 - Mac 2016).. awal-awal dah cabut lari...

#HidupUMNO #BangsatUMNO


Wanita AMANAH kecam menteri guna sekolah promosi Umno

Wanita AMANAH kecam menteri guna sekolah promosi Umno

Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) mengecam tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyalahgunakan kuasa mempromosikan Umno di sebuah sekolah di Presint 14 Putrajaya semalam.
Ketua AWAN Dr Siti Mariah Mahmud menyifatkan tindakan itu sebagai sikap terdesak Umno berpunca daripada kebimbangan parti Melayu itu terhadap kepercayaan rakyat yang semakin terhakis.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memulihkan sistem pendidikan negara yang semakin caca-merba sehingga menyusahkan para pelajar dan guru, bukannya sibuk membawa agenda sempit politik ke dalam sekolah.
“Sekolah perlu dihormati sebagai tempat untuk para pelajar dan guru bersama-sama memenuhi keperluan pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Malanglah jika perkara asas seperti ini gagal difahami dengan baik oleh menteri Umno ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan, sebuah sekolah di Presint 14 Putrajaya bertukar menjadi majlis Umno.
Menerusi pertandingan menghias bilik darjah dan upacara penyampaian hadiah, kementerian wilayah persekutuan mensyaratkan tema “Umno dan Kemerdekaan” digunakan.
Tengku Adnan yang juga adalah Setiausaha Agung Umno dan Ahli Parlimen Putrajaya dalam ucapannya secara terbuka mempelawa para guru menyertai Umno.
Sebaik selesai memberi ucapannya, laungan “Hidup Umno” oleh kira-kira 500 murid-murid dan guru-guru turut bergema.
“Saya berpendapat ini adalah sikap bongkak dari Setiausaha Agung Umno kerana beliau tahu tiada siapa di dalam parti itu atau dalam kerajaan yang berani menegur atau mengambil tindakan terhadapnya.
“Selepas enam dekad negara merdeka, adakah ini budaya politik sihat yang dibawa oleh sebuah parti pemerintah yang tidak segan silu menggunakan premis pendidikan untuk kepentingan politik sempit Umno?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Beliau turut mendesak Umno memohon maaf di atas sikap berpolitik yang keterlaluan seperti yang dibuat oleh Tengku Adnan ini.
“Para ibu bapa dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga patut menyatakan bantahan terhadap sikap jumud Umno yang menjadikan sekolah sebagai tempat berkempen dan pentas ceramah politik,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment