Pages

Friday, 6 October 2017

[Video Tun M: Saya lebih tua dari Felda & Umno balik ke sekolah? "Tanya Ku Nan" Kah kah kah!] Umno kini sangat terdesak! KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, suruh budak-budak ni mengundi.

Sabtu, 7 Oktober 2017


Image result for foto budak sekolah pegang bendera umno

KALAU KEMARUK SANGAT NAK BERPOLITIK DI SEKOLAH, LEBIH BAIK DIBENARKAN SEKALI MURID-MURID UNTUK MENGUNDI


Hakikat bahawa UMNO kini sangat terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang tidak boleh disangkal lagi apabila mereka kini tanpa rasa malu atau bersalah mahu melebarkan jangkauan kempen hingga ke sekolah-sekolah rendah.

Selama ini sekolah sentiasa bebas daripada unsur kepartian kerana murid-murid dihantar ke sana untuk menuntut ilmu dan menjadi pandai, bukan akhirnya untuk menjadi balaci dan mengagungkan kleptokrasi.

Kenyataan Menteri Pendidikan, Mahadzir Khalid bahawa membawa bendera dan menyanyikan lagi UMNO di sekolah-sekolah tidak bersifat politik dengan alasan parti itu yang memperjuangkan kemerderkaan, terlihat bukan saja menggelikan hati, malah menjengkelkan sekali.

Kenapa baru sekarang baru teringat untuk memberitahu murid-murid sekolah rendah dan guru-guru bahawa UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan sedangkan kita merdeka sejak tahun 1957 lagi?

Tidak cukupkah fakta mengenai perjuangan UMNO dan kemerdekaan negara yang sudah tertulis dalam buku-buku sejarah dan diajar oleh guru kepada murid-murid sekolah?
Mengapa hanya tahun ini iaitu menjelang PRU 14 saja terlihat kesungguhan untuk mengUMNOkan sekolah-sekolah?

Mengapa tidak pada tahun-tahun sebelumnya? 

Bukankah sambutan bulan kemerdekaan sudah diadakan setiap tahun sejak beberapa tahun yang lalu?

Jika alasan sejarah mahu digunakan, bolehkah PKR dan DAP mahu mengadakan program yang sama di sekolah kerana kedua-dua parti itu juga mencipta sejarah sebagai pemerintah baru di Selangor dan Pulau Pinang selepas UMNO sejak 10 tahun yang lalu?

Bolehkah juga diadakan  program pengkisahan kepada murid-murid mengenai sumbangan dan peranan Tun Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia?

Bolehkah kerajaan dan Menteri Pendidikan bersikap adil dalam hal ini?

Apa pun yang sudah dilakukan UMNO mengenai program di sekolah di Putrajaya beberapa hari lalu dan jawapan Menteri Pendidikan yang menghalalkan perbuatan itu, keterdesakan UMNO nyata sukar dinafikan.

Sementara di universiti dan pusat-pengajian tinggi pun larangan berpolitik sangat dikuatkuasakan, hakikatnya adalah amat memualkan apabila budaya politik UMNO tiba-tiba dibenar untuk diadakan di peringkat sekolah rendah.

Terlanjur UMNO sudah begitu terdesak dan kemaruk untuk berpolitik hingga ke sekolah rendah, ada baiknya jika kerajaan cepat-cepat menukar peraturan dengan segera memberi kebenaran kepada murid-murid sekolah seawal usia 7 tahun untuk mengundi sama mulai PRU 14 akan datang.

Ia tentunya keputusan yang amat bermakna kerana di sebalik rakyat tidak lagi mempercayai UMNO, peneroka Felda dan kakitangan kerajaan sudah terbelah dua, hanya sokongan murid-murid sekolahlah sandaran terbaik bagi Najib Razak, UMNO dan BN untuk terus mengekalkan kuasa.

Ini kerana murid-murid sekolah belum begitu faham mengenai rasuah, pembaziran, kemewahan, salah guna kuasa, penyelewengan, bagaimana rupa rantai dan cincin juta-juta serta jauh sekali pernah mendengar perkataan kleprokrasi.

Maka, membenarkan murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk mengundi, sambil membekalkan mereka dengan makanan percuma dan duit belanja seadanya, adalah cadangan susulan yang harus dikemukakan oleh Menteri Pendidikan selepas ini demi memastikan Najib dapat kekal berkuasa hingga akhir hayatnya. (ShahbudinHusin 07/10/2017)

No comments:

Post a Comment