Pages

Thursday, 12 October 2017

[Video UBAH Sabah & Pesta IRAU Rakyat] Umno guna 'umpan plastik' pancing rakyat.

Khamis, 12 Oktober 2017

Related image
Youngster From Kadazan Dusun Native Of Sabah Malaysia Borneo 

Image result for Foto Pesta Irau Sabah

Umno guna 'umpan plastik' pancing rakyat


Ada penganalisis politik yang membuat analisis kononnya undi Melayu berpecah kepada lima (5) parti iaitu Umno, PAS, PKR, AMANAH dan BERSATU.

Analisis ini begitu mudah dipapar oleh media arus perdana terutamanya yang dikuasai oleh parti Umno yang sentiasa meniupkan sentimen untuk menakutkan orang Melayu dengan momokan kononnya Melayu akan hilang kuasa politik di Malaysia dan analisa yang dibuat ini langsung tidak mencerminkan realiti politik kuasa sebenar serta tidak bertanggungjawab.

Apabila wujudnya banyak parti politik Melayu, maka kita akan lihat orang Melayu mempunyai pilihan untuk menyertai parti yang dilihat sesuai dengan jiwanya.

Terdapat pemikir 'politik kuno' bersuara kononnya inilah perpecahan, tetapi mereka gagal melihat dengan mata hati sendiri bagaimana pemimpin parti-parti politik pembangkang Melayu memainkan peranan besar dengan membawa pendekatan strategi politik penyatuan suara kuasa dalam pakatan besar bersama parti yang berbilang kaum.

Ini adalah kebijaksanaan pemimpin politik pembangkang kususnya Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam usaha bagi memastikan peralihan kuasa kerajaan dari Umno/BN kepada HARAPAN tidak membimbangkan orang Melayu serta rakyat keseluruhan.

Tiada kawasan yang majoriti pengundi Melayu ditandingi calon bukan Melayu dari HARAPAN. Jadi bagaimana mungkin kerusi parlimen Melayu akan berkurangan.

Begitu juga halnya dengan kerusi pengundi campuran berbilang kaum di mana ianya akan ditandingi oleh calon Melayu dari HARAPAN. Sedangkan senario sedemikan tidak pernah berlaku dalam Umno/BN di mana kerusi yang majoriti dan campuran diserahkan kepada calon bukan Melayu dari komponen BN.

Realiti politik dalam pilihanraya umum ke-14 (PRU14} nanti akan menyaksikan pertandingan dua pakatan besar iaitu Pakatan Harapan dan BN. Adapun pakatan Gagasan Sejahtera dilihat sebagai pakatan terpencil dalam PRU14 akan datang.

Ini kerana PAS yang menerajui Gagasan Sejahtera menyasarkan dan berkeyakinan sekadar untuk menang 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja. Walaupun PAS akan bertanding lebih daripada 100 kerusi tetapi sasaran untuk kemenangan hanya 40 kerusi Dewan Rakyat sahaja. Mana mungkin hanya dengan 40 kerusi di Dewan Rakyat PAS mampu membentuk kerajaan baru mengantikan Umno/BN.

Oleh demikian, sudah tentu pilihan rakyat khususnya pengundi Melayu akan nampak bahawa pertandingan sebenar pada PRU14 nanti adalah antara Pakatan Harapan dan BN serta undi akan terarah kepada Pakatan Harapan setelah rakyat merasai bebanan kehidupan harian di bawah kerajaan Umno/BN.

Ini akan membuktikan bahawa orang Melayu tidak berpecah dan akan terus menerajui kuasa politik baru dalam negara Malaysia serta menafikan analisa 'haprak' oleh pemikir politik kuno.

Tiada apa yang harus dibimbangi dan ditakuti oleh orang Melayu pada perubahan politik yang bakal berlaku pada PRU14 akan datang. Umno/BN sedang memancing rakyat menggunakan 'umpan plastik' apabila semua pemimpin mereka memalu gendang bagi menakutkan orang Melayu kononnya Melayu akan kehilangan kuasa jika Umno/BN kalah pada PRU14 nanti.

Rakyat yang cerdik tidak akan memakan 'umpan plastik' dan senang-senang percaya bahawa Melayu akan hilang kuasa memerintah negara tetapi sebaliknya rakyat sedang menghitung hari untuk menghilangkan kuasa politik Umno/BN.

Melayu akan terus kekal berkuasa dan menerajui kuasa baru politik Malaysia bersama kaum Cina, India, Sikh, Siam, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain di negara bertuah Malaysia yang tercinta.

DATUK MAHFUZ OMAR adalah ahli Parlimen Pokok Sena.

KDL


No comments:

Post a Comment