Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi
Presiden PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di lokasi perhimpunan. Beliau turut menandatangani ikrar antikleptokrasi - Malaysia Dateline
*Lukisan Karikatur Saudara Anuar (Ayah Hulk) dari Taman Meru, Ipoh.
Persembahan tarian singa mengisi slot Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi petang ini. Persembahan selama 15 minit itu menampilkan ‘singa’ yang mengenakan kostum berwarna merah dan oren- Malaysia Dateline
5.30 petang: Seorang ahli Pas dari Ipoh ditemui hadir dalam Himpunan Hapus Kleptokrasi petang ini.
Duduk di lokasi agak terselindung di teduhan pokok sambil mendengar ceramah, beliau yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 45, mengakui masih belum bersedia secara terbuka untuk menjadi ahli AMANAH.
“Tapi saya bersedia menyokong Pakatan Harapan bahkan mengundi AMANAH.
“Pas sebelum 2015 lagi sudah lain corak perjuangannya. Bukan saya seorang ahli Pas yang sedar pimpinan parti semakin mesra Umno,” luah penjawat awam itu yang tidak bersedia untuk dirakam gambarnya.
5.15 petang: Pengacara majlis memberitahu Jamal Ikan Bakar membatalkan ‘persembahan’ seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.
Himpunan ini bertujuan memberi kefahaman yang lebih jelas kepada rakyat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MBD) dan penerangan berkaitan dengan istilah sebenar ‘kleptokrasi’ khusus membabitkan pemimpin dalam sebuah negara.
Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi adalah idea yang dicetuskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini adalah perhimpunan pertama anjuran Pakatan Harapan yang disertai PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu sebagai sebuah gabungan berorganisasi yang kini dalam proses untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Sekretariat Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dijangka akan mengemukakan lima tuntutan dalam himpunan rakyat yang akan berlangsung di Padang Timur Petaling Jaya hari ini
Lima tuntutan itu adalah berkaitan untuk mendesak kerajaan;
1.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda
2.Mengembalikan semua aset dan wang rakyat yang telah dirompak
3.Tangkapan Malaysian Official No 1 (MO1)
4.Bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada sebarang tekanan
5.Mahu menghapuskan rundingan terus (direct tender) dalam sebarang kontrak kerajaan
2.Mengembalikan semua aset dan wang rakyat yang telah dirompak
3.Tangkapan Malaysian Official No 1 (MO1)
4.Bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada sebarang tekanan
5.Mahu menghapuskan rundingan terus (direct tender) dalam sebarang kontrak kerajaan
Himpunan julung kali diadakan ini agak berlainan berbanding himpunan mega yang pernah dianjurkan oleh pembangkang seperti himpunan Bersih kerana kali ini aturcaranya lebih berkonsepkan karnival pada sebelah petang dan malamnya diisi dengan ceramah
pimpinan empat parti.
pimpinan empat parti.
Apa yang lebih menarik dijangkakan seramai 20 pemimpin daripada empat parti akan berucap sepanjang himpunan diadakan yang akan bermula pada jam 4 petang hingga 11 malam nanti.
Pengarah Jawatankuasa Teknikal Himpunan Faiz Fadzil berkata, himpunan aman ini akan diisi dengan pelbagai corak acara meliputi pameran, jualan, persembahan kebuayaan dan kontemporari selain ucapan pemimpin dan rakyat sivil akan mengisi suasana karnival berkenaan.
Orang ramai boleh mendapatkan akses mudah ke lokasi dengan menaiki pengangkutan awam seperti bas atau menaiki tren LRT di Taman Jaya untuk ke lokasi himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya.
Pihak sekretariat juga turut memperingatkan kepada orang ramai yang hadir berkaitan LANGKAH_LANGKAH KESELAMATAN supaya himpunan ini dapat berjalan lancar dan tenang tanpa sebarang insiden provokasi oleh mana-mana pihak.
Malaysia Dateline (Suntingan)
No comments:
Post a Comment