Pemimpin UMNO Dan PAS Duduk Sepentas Di Marang
Shabery bersama Abdul Hadi ketika sarapan pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, Marang, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismailteganukita |
PAS dalam masalah besar, kata penganalisis politik
Penganalisis politik berkata PAS dijangka akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang kerana parti itu dilihat seperti mahu menjadi serupa seperti Umno. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2017.
SELAIN daripada perpecahan dalaman yang disebabkan Amanah, PAS dijangka akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang kerana parti itu dilihat seperti mahu menjadi serupa seperti Umno, kata penganalisis politik dalam sebuah forum hari ini.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Faisal S Hazis berkata, dalam pemasaran politik, parti-parti akan cuba untuk membezakan diri mereka dengan menonjolkan perbezaan ideologi sesama parti lawan.
"Tetapi sejak PAS mula berbaik dengan Umno dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka menunjukkan yang tujuan perjuangan mereka adalah sama, iaitu Islam," kata Faisal.
Tambah beliau lagi, apabila sesebuah parti hilang sifat tersendirinya, pengundi tidak akan dapat membezakannya dengan parti lawan.
"Dan jika ia berlaku, anda akan melihat pengundi memilih parti itu, dan bukan parti lawan," katanya.
Faisal bercakap bersama Dr Johan Saravanamuttu dari Sekolah Kajian Antarabangsa Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dan Ibrahim Suffian dari Merdeka Center semasa forum “Pertandingan pelbagai penjuru - bencana atau rahmat" di Kuala Lumpur, hari ini.
Hilang pengaruh
Satu lagi sebab ialah kerana PAS kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu.
"Ikut sejarah, apabila PAS keluar dari mana-mana pakatan, tak kiralah Barisan Nasional (BN) pada 1970-an atau Barisan Alternatif pada 1990-an, ia memberi keputusan yang buruk semasa pilihan raya," kata Johan.
Menggunakan analisis terbaru Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming iaitu "Battle for Selangor" sebagai contoh, Johan berkata PAS hanya memperoleh keputusan yang baik di Selangor apabila ia masih dalam pakatan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), PAS menang 15 daripada 20 kerusi negeri yang ia bertanding dan lapan daripada 20 kerusi pada PRU12 (2008). Tetapi, pada 2004, parti itu tidak memenangi walau satu kerusi dalam 21 kerusi yang ia bertanding.
Semasa PAS bersama Barisan Alternatif pada 1999, PAS menang empat daripada 23 kerusi. Namun, pada 1990 dan 1995, ketika ia bertanding sendirian, PAS hilang semua kerusi negeri yang ia bertanding di Selangor.
Faisal berkata perpecahan undi Melayu seterusnya yang disebabkan oleh Amanah dan Bersatu memberi kesan yang lebih buruk kepada PAS.
Menggunakan kerusi parlimen Hulu Langat dan Temerloh sebagai contoh, Faisal berkata penyandang kerusi itu, Che Rosli Che Mat dan Nasrudin Hassan mungkin akan hilang kerusi mereka disebabkan bilangan pengundi bukan Melayu yang tinggi.
Mengikut data PRU13, Hulu Langat mempunyai 45.59% pengundi bukan Melayu, manakala Temerloh mempunyai 33.67% pengundi. – 7 Oktober, 2017.
No comments:
Post a Comment