Pages

Sunday, 15 October 2017

[Video Zahid Mat Arip hentam Najib menghina rakyat & Guang Eng : Hanya Umno mahu Lim Kit Siang jadi PM] Berani tak Jamal hempuk kepalanya dgn penukul besar?

Isnin, 16 Oktober 2017


Foto Otai BERSIH.
Banyak menang bang?
Foto Otai BERSIH.
Jika benar gambar ini pemimpin UMNO di Selangor..agaknya berani tak Jamal hempuk kepalanya dgn penukul besar..?
Image result for Foto sgambar jamal dan penukul

NAJIB HANYA MENGESAHKAN DIANYA PEMIMPIN YANG GAGAL

Perdana Menteri yang hanya tahu membebankan rakyat, Najib Razak menasihati mahasiswa agar mencabar diri untuk menjadi usahawan dan jangan ada mentaliti untuk makan gaji setelah menamatkan pengajian.

Saya tidak mahu mentaliti bila kita keluar saja daripada universiti, dalam kepala kita nak makan gaji, kita mesti mencabar diri kita untuk memilih bidang keusahawanan yang boleh menjanjikan masa depan yang lebih bermakna untuk diri kita, katanya semalam.

Menurut Najib lagi, dengan menjadi usahawan, lepasan universiti bukan saja tidak perlu makan gaji, malah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Hmmmm....apa kata para graduan lepasan universiti sekalian mengenai saranan Najib itu?
Sekali lalu memang terlihat seruan Najib itu adalah baik dan bermanfaat,  tetapi jika diperhalusi ia hanya menampakkan "sikap poyo"  beliau untuk menutup kegagalannya sebagai ketua kerajaan dslam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Bagaimana lepasan universiti untuk menjadi usahawan jika mereka tiada modal dan tak cukup pengalaman dalam dunia perniagaan?

Berapa ramai lepas universiti, bukan saja di negara kita tetapi juga di seluruh dunia yang mampu untuk terus menjadi usahawan dan menjadi ahli perniagaan tanpa bekerja terlebih dahulu?

Bukankah mereka seharusnya perlu bekerja terlebih dahulu untuk mengumpul modal dan mengutip sedikit-sebanyak pengalaman sebelum menceburi dunia keusahawanan?

Jika mereka mahu terus menjadi usahawan, apa pula bantuan modal yang boleh disediakan oleh kerajaan?

Tidakkah jika mereka cuba memohon apa-apa bantuan dalam bentuk pinjaman dan sebanyainya, selain cagaran, yang kerap ditanyakan ialah pengalaman?

Di mana lepasan universiti nak "cekau" modal dan pengalaman sedangkan untuk belajar di universiti pun mereka terpaksa meminjam dengan PTPTN?

Sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan, Najib seharusnya memberi keutamaan unfuk menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan, baik melalui kerajaan atau swasta melalui iklim ekonomi yang sihat dan merangsang pertumbukan ekonomi, bukan dengan terus menasihati graduan menjadi usahawan.

Tidaklah mudah bagi para lepasan universiti untuk terus menjadi usahawan jika tanpa modal dan pengalaman dalam dunia pekerjaan. Mereka wajib perlukan modal dan pengalaman di mana  semua itu akan diperolehi dengan bekerja dengan orang lain terlebih dahulu.

Orang lain di mana mereka bekerja itu, tidaklah juga terus-terus menjadi usahawan. Mereka juga asalnya pekerja di mana-mana sektor terlebih dahulu sebelum kemudian menubuhkan syarikat dan menjadi usahawan. Itulah putarannya.

Najib sendiri dan adik-beradik beliau, meskipun merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, adakah  terus menjadi usahawan ketika tamat pengajian sebelum ini atau semuanya bekerja terlebih dahulu? 

Begitu juga dengan anak-anaknya sekarang, adakah mereka menjadi usahawan sebaik menamatkan pengajian walaupun Najib sendiri adalah Perdana Menteri dan seorang bilionaire?

Anak tiri Najib, Riza Aziz yang merupakan penerbit filem kontroversi di Hollywood dan namanya menjadi sebutan dunia kerana mendakwa menerima hadiah wang tunai daripada dana yang dikaitkan dengan 1MDB, adakah beliau terus menjadi usahawan atau bekerja di mana-mana firma terlebih dahulu?

Dalam hal ini, Najib jangan hanya berbekalkan air liur saja meminta rakyat menjadi usahawan. Sediakanlah segala kemudahan dan ruang pekerjaan kepada mereka sebagai persediaan terlebih dahulu sebelum menasihati mereka menjadi usahawan.

Menyuruh mereka menjadi usahawan tanpa apa-apa bekalan hanyalah sekadar omong kosong yang hakikatnya lebih mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan. Tak malu ke?

Inilah sebenarnya satu lagi sebab mengapa rakyat benar-benar perlukan perubahan dan makin merindui sentuhan kecemerlangan Tun Mahathir Mohamad. (ShahbudinHusin 16/10/2017)

No comments:

Post a Comment