Pages

Sunday 5 November 2017

[Video Banjir di sekitar Pulau Pinang] Banjir: Pemuda AMANAH rakam simpati, kerah jentera bantu mangsa.

Ahad, 5 November 2017

Banjir: Pemuda AMANAH rakam simpati, kerah jentera bantu mangsa

Banjir: Pemuda AMANAH rakam simpati, kerah jentera bantu mangsa
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Pemuda AMANAH Nasional bersama seluruh rakyat Malaysia merakamkan rasa sedih dan simpati terhadap mangsa banjir di Pulau Pinang yang merekodkan bilangan tinggi yang terjejas.
“Setakat jam 10.00 pagi ini, 1,968 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir membabitkan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) 1,125 orang, Seberang Perai Utara (615), daerah Timur Laut (70) dan daerah Barat Daya (158).
“Hujan lebat yang tidak henti-henti daripada semalam mendorong kepada kejadian bencana ini berlaku. Banjir kali ini adalah antara kejadian bencana terburuk di Pulau Pinang apabila menenggelamkan banyak tempat di paras bahaya. Banyak jalan terputus hubungan menyebabkan penduduk berada dalam keadaan gelisah.
“Melihat kepada suasana ini, Pemuda AMANAH Nasional mengerahkan seluruh jentera pemuda untuk turun menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut. Bantuan pelbagai aspek terutama wang ringgit sangat diperlukan bagi membantu proses pemindahan mangsa banjir,” kata ketuanya Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Sany, pihaknya turut melancarkan “Tabung Kemanusiaan Banjir Pulau Pinang” bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk menyumbang. Bagi yang bersimpati dan ingin menyalurkan bantuan, boleh disalurkan ke akaun Tabung Kebajikan Pemuda AMANAH: 5628 3464 1808 (Maybank) atau hubungi 016 2017251 (Haziq).
“Ayuh seluruh umat Islam kita sama-sama mendoakan agar mangsa-mangsa terjejas diberikan pelindungan oleh Allah,” pinta beliau.
Malaysia Dateline

No comments:

Post a Comment