Pages

Tuesday, 14 November 2017

[Video Dewan Rakyat 'hangat', isu 1MDB diungkit lagi] Umno patut bersedia menjadi pembangkang yang baik.

Selasa, 14 November 2017

Umno patut bersedia menjadi pembangkang yang baik

Muhyiddin berbual dengan mangsa banjir di Pulau Pinang

Daripada berharap kepada Gerakan untuk mendapat sokongan kembali di kalangan orang Cina Pulau Pinang, Umno disarankan bersedia untuk menjadi pembangkang yang baik selepas pilihan raya umum akan datang, kata Bersatu Pulau Pinang.

Setiausaha Bersatu Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed berkata, Umno dan BN harus bersedia dari sekarang untuk menjadi pembangkang yang baik dan menghormati kerajaan negeri PH yang memerintah Pulau Pinang.
Bagi beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Zahid Hamidi sepatutnya tidak menaruh harapan yang begitu tinggi kepada parti Gerakan untuk merampas kembali Pulau Pinang dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang akan datang.
Seharusnya sejarah 2008 dan 2013 dijadikan iktibar sehinggakan Umno dan Gerakan menjadi pembangkang untuk dua penggal berturut-turut.
Jasmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zahid yang mendakwa Gerakan akan menawan Pulau Pinang dalam PRU ke 14 nanti.
Menurut beliau lagi, Umno sepatutnya berasa bimbang, gusar dan takut akan kehilangan lebih banyak kerusi setelah menjadi pembangkang untuk penggal kedua selepas kalah 2008 yang lalu.
JASMIN… Umno perlu bersiap jadi pembangkang yang baik.
“Apakah Zahid lupa sejak 2008 hanya Umno yang mampu bertahan untuk menang 11 kerusi Dun, sementara Gerakan tidak menang satu kerusi pun.
“Begitu juga dalam pilihan raya umum yang ke 13 terbukti Gerakan sekali lagi ditolak oleh majoriti pengundi Cina setelah DAP menjadi pilihan.
“Seandainya percaturan tersebut dijadikan perkiraan, sudah tentu Umno dan BN bertambah laju denyut nadinya, tercungap-cungap kerana bimbang jika kalah lebih banyak kerusi kepada Pakatan Harapan (PH),” jelasnya.
Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, selama empat penggal sejak 1995 hingga 2013 turut berkata Umno dan BN pada hakikatnya umpama perumpamaan bidalan Melayu, hidup segan, mati tidak mahu.
“Umno dan BN sewajarnya menyedari mereka semakin hampir tenggelam dan tidak berdaya lagi untuk bangkit di Pulau Pinang.
“Apa lagi yang boleh mereka harapkan dari Gerakan yang telah mempamirkan keputusan kosong-kosong sejak PRU 2008 sehinggalah PRU 2013.
“Laungan demi laungan Umno dan Gerakan untuk menawan Pulau Pinang mungkin tidak kesampaian untuk direalisasikan menjelang PRU ke 14 yang akan datang,” tegasnya lagi.
Malah katanya sejarah PRU yang lalu turut membuktikan bukan sahaja Gerakan ditolak oleh rakyat Pulau Pinang, rakan mereka MCA juga tidak mampu kekal menang walaupun satu kerusi.
“Sekiranya Gerakan dan MCA juga ditolak, apa lagi yang boleh diharapkan dari kerusi MIC pula di Pulau Pinang bagi memenangkan BN.
“Sejarah juga membuktikan Umno hanya tinggal nyawa-nyawa ikan di Pulau Pinang.
“PRU 2013 pula menyaksikan Umno kalah satu lagi kerusi jika dibezakan dengan PRU 2008 menjadikan mereka hanya tinggal 10 kerusi, ” ujarnya.
Kata Jasmin lagi, teriakan demi teriakan oleh pemimpin Umno untuk menawan Pulau Pinang tidak akan mampu mengubah pendirian majoriti pengundi Pulau Pinang yang telah membuktikan mereka menolak Umno dan BN.
Sehubungan itu tegasnya kekuatan yang ada pada gabungan PH yang didokong oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu mampu menggugat tidur Umno dan BN yang berpanjangan.
“Sekali lagi PH akan pastikan Umno dan BN tidur nyenyak untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
“Sekiranya ahli Bersatu di Pulau Pinang sahaja sudah melebihi 10,000 orang, apakah Umno tidak sedar bahawa nama-nama ahli mereka juga semakin susut dan sepatutnya tidak kekal lagi dalam rekod.
“Sebaliknya keahlian PH semakin meningkat dan menjadi cabaran yang hebat kepada Umno dan BN menjelang PRU ke 14 yang akan datang tidak lama lagi, ” tambahnya.
Malaysia Dateline

No comments:

Post a Comment