Pages

Saturday 4 November 2017

[Video Dr MAZA: Wang Kerajaan, MACAM DUIT MAK BAPAK KAU (UmnoBN) kau bagi!] PRU14 semakin hampir! Mereka Makin Melampau, Ikat Tangan Ketua Penerangan ANAK & Sampai bila Najib mahu perbodohkan orang kampung?

Ahad, 5 November 2017
PRU14 semakin hampir! Adakah sejarah berulang?
Posted: 26 Dec 2012 03:10 AM PST

Maran: Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.
"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.
Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.
Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan.
Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu.
Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan.
Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.
“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman.
“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.
Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.
Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak.
penyapu sial
Mana polis? Kalau samseng UMNO boleh bertindak sewenang-wenangnya,negara ni sudah tak ada undang-undang lagi. Jangan kita sertai undang-undang rimba ini.
Jenis peneroka tak sedar diri, org nak tolong selamatkan generasi anak2 masa depan dia nak sekat, dengar dulu penerangan dan buat pertimbangan..bukan bertindak semberono, kita ada undang2. Jenis melayu tak boleh berfikir..
Image result for Gambar Umno perbodohkan orang kampung
Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak.
Sampai bila Najib mahu perbodohkan orang kampung?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapannya pada Dialog e-Usahawan TN50 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini telah menyatakan kerajaan persekutuan tidak bercadang untuk memberi subsidi bagi pembangunan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar.
Dikatakan kawasan di luar bandar tidak mempunyai permintaan tinggi dan tidak wajar sekiranya wang rakyat diambil dan digunakan untuk memberi subsidi kepada mereka dalam perkara ini.
Perkara ini amat mengecewakan dan saya berpendapat bahawa alasan Najib itu tidak masuk akal kerana dilihat sengaja tidak mahu memberikan penduduk kampung atau luar bandar akses kepada internet.
Semua penduduk sewajarnya mendapat kemudahan tambahan supaya mereka juga akan mendapat tahu perkembangan semasa ,masalah atau keadaan sebenar yang berlaku di dalam negara ini.
Selain itu, anggapan penduduk luar bandar tidak mampu melanggan perkhidmatan internet perlu ditolak jauh memandangkan mereka perlu berkongsi kemudahan terbabit yang mampu melonjak kekuatan ekonomi di desa.
Saya beranggapan bahawa Najib sendiri tahu sebenarnya internet merupakan medium yang paling berkesan untuk menyampaikan dan menyebarkan maklumat, jadi beliau takut sekiranya orang kampung ini mengetahui keadaan sebenar melalui pelbagai sumber yang boleh diperolehi daripada internet seperti blog, portal berita dan media sosial yang melaporkan perkara sebenar tanpa ditapis.
Jangan beranggapan tiada penembusan internet di kawasan luar bandar oleh kerana penduduk sendiri yang tidak mahukannya kerana memperkenalkan internet kepada mereka sedikit sebanyak akan menimbulkan keinginan untuk menggunakannya.
“Tidak semestinya tiada penembusan Internet di sesetengah kawasan luar bandar tetapi ada penduduk sendiri yang tidak mahukannya kerana mungkin beranggapan internet tidak penting, maka dengan adanya PI1M ini dapatlah kita memperkenalkan internet kepada mereka dan moga timbul keinginan untuk menggunakannya.
Kebimbangan Umno BN dapat dilihat apabila sokongan penduduk kampung atau luar bandar akan beralih arah sekiranya mereka mempunyai akses kepada internet.
Sampai bila Najib ingin memperbodohkan rakyat? Semua rakyat tidak kira di bandar atau desa berhak untuk mempunyai jaringan internet yang sama rata.

TAN KAR HING adalah ADUN Simpang Pulai dari parti PKR.
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

malaysiakini.

No comments:

Post a Comment