Pages

Monday, 6 November 2017

[Video GEMPAR!~Bot Pemimpin Amanah hantar Bantuan Makanan Terbalik, Barang Bantuan Hayut] RAYUAN BANTUAN BANJIR PULAU PINANG DAN KEDAH.

Selasa, 7 November 2017
PERKEMBANGAN BOT PEMIMPIN AMANAH TERBALIK
Bot dinaiki pemimpin AMANAH terbalik, barangan bantuan tenggelam
Bot yang dinaiki Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bersama Bendahari Agung Asmuni Awi terbalik ketika sedang menyelusuri banjir untuk menyampaikan bantuan di Lahar Yooi.
Bagaimanapun mereka yang memakai jaket keselamatan, sempat diselamatkan oleh penduduk kampung dengan menggunakan sampan sementara lebih 20 kotak barangan bantuan termasuk makanan dan keperluan asas, hanyut dan tenggelam kesemuanya.
Dalam kejadian tengah hari tadi, bot dengan muatan bantuan, yang dinaiki mereka bersama tiga lagi yang lain termasuk petugas tempatan, dilaporkan terbalik ketika menghampiri sebuah rumah di Sungai Korok untuk memberikan bantuan.
Terdahulu mereka baru sahaja selesai menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung Sungai Chegar di sini.
Mereka membawa lebih 60 kotak bantuan untuk diagihkan kepada keluarga mangsa banjir di kawasan itu yang terperangkap di kediaman masing-masing.
Mujahid, ketika ditemui selepas itu berkata, mereka terpaksa berpaut pada bot sementara menunggu diselamatkan oleh sebuah keluarga yang kebetulan mempunyai sampan di rumahnya.
“Alhamdulillah kami pakai jaket keselamatan. Kami berpaut pada bot dan mujurnya rumah yang kami nak bagi bantuan itu ada sampan dan dia selamatkan kami.
“Dompet, telefon dan barang-barang lain semua tenggelam tak tahu ke mana. Ada lagi 20 kotak kami tak sempat beri bantuan dan semuanya tenggelam,” katanya.
Kesemua mereka kini sudah di bawa ke darat oleh bot penyelamat lain kerana tiada jalan darat untuk sampai ke perkampungan itu.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.
Dimaklumkan bot yang dinaiki Bendahari Agung AMANAH, Haji Asmuni Awi dan Naib Presiden AMANAH, Dr Mujahid Yusof Rawa terbalik ketika menyelurusi banjir untuk menyampaikan bantuan makanan di Lahar Yooi. Alhamdulillah ke semua mereka diselamatkan oleh penduduk kampung namun barangan bantuan habis terbalik.

Kini mereka berada di sebuah rumah dua tingkat dan menunggu bot lain untuk mengambil mereka. Tidak ada jalan darat yang boleh digunakan untuk mengambil mereka. Ayuh sama-sama berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

[Gambar sebelum insiden berlaku]

Foto Amanah Negeri Sembilan.
RAYUAN BANTUAN BANJIR PULAU PINANG DAN KEDAH.

Kami dari Parti Amanah Negara Negeri Sembilan ingin memohon sumbangan dari pihak Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik bagi kami menjayakan misi-misi bantuan banjir yang berlaku di dua negeri tersebut pada waktu ini.

Amanah Negeri Sembilan yang diwakili oleh Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia (Amal Relief Malaysia) (ARiF) Cawangan Negeri Sembilan sudah pun menggerakkan petugas-petugas yang diketuai oleh Ust. Allif Ibrahim ke misi pertama pada malam ini, 6 November 2017, ke negeri-negeri yang terjejas bagi menghulurkan bantuan.

Bantuan-bantuan yang ingin disumbangkan bolehlah disalurkan ke Maybank AMANAH N9 bernombor 5551 2651 7826 atau boleh berhubung terus dengan Bendahari kami, Haji Bakri Sawir, ditalian 019-3800642 atau Ust. Allif Ibrahim ditalian 0111-18876145.

Semoga Allah S.W.T. membalas segala jasa dan bantuan yang Tan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Cik berikan dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Sekian terima kasih.
Jazakumullah khairan katheera.

Yang benar,
ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
Pengerusi,
Parti Amanah Negara Negeri Sembilan
Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Parti Amanah Negara.

Foto Fauzi Hasim.

Foto Fauzi Hasim.

No comments:

Post a Comment