Pages

Thursday 16 November 2017

[Video kedudukkan najib di dunia dan apec tak seberapa] Bersih terima anugerah antarabangsa, bakal disampaikan presiden Taiwan.

Khamis, 16 November 2017

Related image

Image result for Gambar Mahathir turun bersih

Image result for Gambar Mahathir turun bersih
Netizen MENANGIS Terharu, Tun Mahathir berumur 91 Tahun Turun Pesawat, BERHUJAN bersama Bersih.

Bersih terima anugerah antarabangsa, bakal disampaikan presiden Taiwan

Bersih terima anugerah antarabangsa, bakal disampaikan presiden Taiwan
Bersih 2.0 dianugerahkan '2017 Asia Democracy and Human Rights Award' kerana peranan besarnya memperbaiki keadaan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia dengan meningkatkan penglibatan rakyat dalam politik, melangkaui proses pilihan raya yang berjalan setiap lima tahun sekali. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2017.
GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerima satu lagi pengiktirafan antarabangsa berhubung usahanya bagi demokrasi di Malaysia, kali ini daripada Taiwan Foundation for Democracy (TFD).
TFD berkata, Bersih 2.0 dianugerahkan “2017 Asia Democracy and Human Rights Award” kerana memainkan peranan besar memperbaiki keadaan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia dengan meningkatkan penglibatan rakyat dalam politik, melangkaui proses pilihan raya yang berjalan setiap lima tahun sekali.
“Taiwan juga pernah melalui kesukaran dan kepayahan untuk peralihan demokrasi dan kami memahami nilai demokrasi yang hanya boleh dirasai melalui sistem pilihan raya yang adil,” kata Pengerusi TFD Su Jia-chyuan dalam satu kenyataan media, semalam.
“Gabungan ini (Bersih 2.0) juga memupuk integrasi antara etnik dan mengangkat prinsip keamanan dan tidak menggunakan kekerasan dalam perhimpunan dan aktiviti mereka.”
Menurut TFD, Bersih 2.0 mendapat markah tertinggi menewaskan finalis lain dari negara Asia lain seperti Filipina, China dan Myanmar.
Anugerah itu akan disampaikan oleh Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan pengerusi TFD pada 10 Disember ini.
Mengulas mengenai penerimaan anugerah daripada TFD itu, Maria berkata Bersih 2.0 berbesar hati untuk menerima pengiktirafan berprestij itu.
“Ia merupakan pengiktirafan kepada perjuangan rakyat Malaysia untuk demokrasi.
“Selepas 10 tahun berjuang untuk pilihan raya yang bersih dan adil, reformasi institusi dan mendesak sistem pilihan raya lebih adil, sudah banyak yang dilakukan Bersih 2.0 dan penyokongnya,” kata Maria kepada The Malaysian Insight.
Maria berkata, penyokong Bersih 2.0 sudah melawan budaya ketakutan, memecahkan perbezaan kaum dan agama, ditangkap dan ditakut-takutkan dalam perjuangan untuk demokrasi dan keadilan.
“Kita sudah mengerah ratusan ribu rakyat ke jalan raya bagi menuntut kebebasan berekspresi dan berhimpun, sehingga tertubuhnya Jawatankuasa Parlimen untuk reformasi pilihan raya dengan 22 cadangan seperti penggunaan dakwat kekal dan pengundian di luar negara.
“Ini tidak akan tercapai tanpa sokongan, keyakinan dan keberanian rakyat. Anugerah ini bukan untuk Bersih 2.0 tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi.
“Terima kasih rakyat Malaysia kerana memberikan harapan untuk menjadikan negara ini lebih baik,” kata Maria.
Tahun lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 dianjurkan di Kuala Lumpur, Maria ditahan oleh pihak berkuasa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), undang-undang yang mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pada Mei tahun lalu, Bersih 2.0 dinobat sebagai salah satu pemenang bagi Anugerah Hak Asasi Gwangju 2016.
Anugerah berprestij itu dikemukakan oleh Yayasan Memorial Mei 18 di Korea Selatan, sebagai pengiktirafan kepada individu atau organisasi yang banyak menyumbang kepada pengembangan hak asasi, demokrasi, dan keamanan.
Bagaimanapun, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ketika itu disekat ke luar negara dan tidak dapat mengambil anugerah itu.
Lima bulan kemudian, Maria akhirnya menerima anugerah itu daripada Pengarah Eksekutif Yayasan Memorial Mei 18, Kim Yang Rae, dalam satu majlis yang diadakan di Vistana Hotel di Kuala Lumpur. – 16 November, 2017.
The Malaysian Insight


No comments:

Post a Comment