Pages

Tuesday, 14 November 2017

[Video Rafizi: SAH MRT RM110 BILION & SKANDAL FELDA] Najib Kata Peneroka 'HARAM JADAH'? & FGV Dulu Megah Kenapa Kini Rebah? INI BARU BETUL...PARTI LAIN ADA TAWARKAN APA? Cukupkah sekadar membebel berjela dalam FB saja?

Selasa, 14 November 2017

Image result for Gambar skandal Felda

Image result for Gambar skandal Felda

Image result for Gambar skandal Felda
Apa Sebenarnya Masalah Felda Global Ventures Bhd (FGV)? Dulu Megah Kenapa Kini Rebah?

INI BARU BETUL...PARTI LAIN ADA TAWARKAN APA?

Di sebalik pelbagai dakwaan kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersikap anti Islam, beliau satu-satunya ketua kerajaan negeri yang ada ketegasan tersendiri dalam isu pekerja hotel memakai tudung.

Beliau bukan saja mengatakan larangan pekerja hotel wanita daripada memakai tudung sebagai suatu bentuk diskriminasi, malah memberi jaminan mereka tidak akan dihalang daripada terus mengamalkan pemakaian tersebut di Pulau Pinang.

Susulan itu pula, Biro Undang-Undang DAP lantas menawarkan khidmat guaman percuma kepada pekerja-pekerja hotel yang mungkin terjejas berkaitan polisi larangan bertudung tersebut.

Ketua biro berkenaan, Gobind Singh Deo menegaskan, larangan tersebut adalah jelas sebagai diskriminasi, tidak sensitif kepada kepercayaan agama wanita-wanita Islam serta tidak berperlembagaan.
Jika ada keperluan untuk mendapatkan perintah mahkamah mengenainya, saya bagi pihak DAP sedia menawarkan bantuan guaman percuma kepada mereka yang terjejas itu untuk mencabar kesahihan larangan itu dari segi undang-undang, katanya yang juga Ahli Parlimen Puchong.
Ini baru betul berjuang untuk rakyat namanya, tidak cukup dengan kata-kata dan menggunakan kuasa yang ada, bahkan juga tidak kededut menawarkan bantuan serta khidmat percuma.

Parti lain buat apa, lebih-lebih lagi yang mengaku sebagai parti Islam dan memperjuangkan agama?

Apa yang telah mereka tawarkan?

Cukupkah sekadar mengeluarkan kenyataan media  dan membebel berjela dalam FB saja? (ShahbudinHusin 14/11/2017)

No comments:

Post a Comment