Pages

Tuesday, 14 November 2017

[Video Rakyat Sudah MARAH! Terbeban Kos Sara Hidup Dan Graduan 'Menagih' Pekerjaan & BN jadi kerajaan pun gagal, jadi pembangkang pun gagal] ‘Agenda Kristian’: Pengulangan skrip lapuk Umno menjelang PRU14.

Rabu, 15 November 2017


Foto Otai BERSIH.
Kalau ikut pengetahuan Ahli Nujum Zahid Hamidi Putrajaya Bakal tumbang la PRU14 ni ...
Foto Otai BERSIH.
Aieee.... BN itu tuhan kah?

‘Agenda Kristian’: Pengulangan skrip lapuk UMNO menjelang PRU14


KUALA LUMPUR, 13 NOV: Tindak-tanduk sesetengah pihak yang terus menjaja isu ‘agenda Kristian’ dengan mengaitkan struktur kepimpinan baru DAP adalah pengulangan skrip lapuk UMNO yang semakin terdesak kata Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Jelasnya, sentimen itu dimainkan dengan niat menimbulkan ketakutan dan syak wasangka di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini yang hanya memberi kelebihan kepada UMNO – Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pensyarah kontroversi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang membangkitkan perkara terbabit.
Menurut Tengku Zul, saf kepimpinan baru DAP dibentuk melalui proses demokrasi yang ditentukan oleh perwakilan atas tuntutan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
“DAP hanya menurut arahan ROS dengan menjalankan pemilihan semula berdasarkan senarai calon dan perwakilan yang di gunakan pada tahun 2012.
“Apa yang peliknya sehingga dia (Dr Kamarul) terus menjaja isu ini?
“Malah, DAP dalam perlembagaannya sendiri bukanlah sebuah parti berasaskan mana-mana agama dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.
Di sebalik dakwaan jahat itu, Tengku Zul yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang mengingatkan bahawa DAP sentiasa konsisten memperjuangkan agenda bersama rakyat negara ini membanteras gejala rasuah dan kleptokrasi.
Menurutnya, tindakan pensyarah itu membangkitkan sentimen agama hanya menggambarkan politik pecah perintah yang diwarisi sejak zaman penjajahan British.
“Jika kita lihat, DAP sedang dalam proses mempelbagaikan keanggotannya dalam 10 tahun kebelakangan ini selaras dasar-dasar parti. Komitmen ini jelas dapat dilihat dari pelbagai usaha yang telah parti lakukan.
“Usaha ini telah berjaya menarik ramai masyarakat pelbagai kaum khususnya dikalangan orang Melayu dan Orang Asal untuk menyertai parti,” jelas ADUN Mentakab itu.
Selain melatih lebih ramai pemimpin muda, DAP katanya turut berjaya menarik beberapa tokoh lain yang tidak asing dalam masyarakat negara ini antaranya Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said; tokoh perlembagaan dan akademik seperti Dr Ariffin Omar; Dr Abdul Aziz Bari; Datuk Zaid Ibrahim dan yang terbaru bekas diplomat Datuk Yeop Adlan Che Rose.
Malah, sepanjang sejarahnya, DAP turut didokong oleh ramai lagi pemimpin-pemimpin veteran Melayu seperti allahyarham Ahmad Nor, Ibrahim Singgeh, Fadzlan Yahya, Ahmad Ton dan sebagainya. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment