Pages

Monday, 4 December 2017

[Video AURA TUN MASIH BERBISA~Tun Mahathir Masih Mampu Perjuangkan Nasib Rakyat] Dr M pertimbang tindakan undang-undang pada RCI.

Selasa, 5 Disember 2017

Related image

Dr M pertimbang tindakan undang-undang pada RCI


Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad hari ini menghantar suatu notis tuntutan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara Malaysia akibat kegiatan perdagangan mata wang asing pada tahun 1990an.
Notis tuntutan itu meminta RCI untuk memasukkan hujah dan keterangan mantan perdana menteri semasa pendengaran, setebal 495 muka surat ke dalam laporan RCI tersebut.
Notis itu juga memberikan tempoh kepada RCI untuk berbuat demikian sehingga jam 5 petang hari Jumaat ini.
Firma guaman Haniff Khatri menyerahkan notis itu ke pejabat setiausaha RCI Datuk Yusof Ismail tengahari tadi.
Notis tuntutan tiga halaman itu menyatakan kegagalan memenuhi permintaan itu akan menyebabkan Mahathir mengambil tindakan undang-undang seterusnya.
Dokumen permohonan bertulis Mahathir, penghujahan peguam, transkrip prosiding penghujahan dan tiga permintaan bertulis merupakan antara dokumen yang hilang dalam laporan RCI setebal 524 muka surat itu
"Justeru itu laporan RCI tidak mengandungi laporan lengkap kerana bahagian yang tersebut telah hilang. Sehinggalah ia dimasukkan sebelum jam 5 petang Jumaat ini, anak guam kami memiliki hak untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu bagi melindungi diri beliau," tulis notis tuntutan itu.

malaysiakini.

No comments:

Post a Comment