Pages

Tuesday, 5 December 2017

[Video Buat ape pun dia dah tak kena sekarang ni & NAJIB TERDESAK!] Awas, Umno datang dengan SPAM...Ayuh kita bakulsampahkan begitu saja.

Rabu, 6 Disember 2017


Image result for Foto tentera perang saiber
Image result for foto SPAM

Awas, Umno datang dengan SPAM

APAKAH yang kita lakukan dengan spam, yang selalu masuk melalui peti e-mel? Tengok pun kadang-kadang tidak, selalunya kita buang begitu saja — semuanya. Langkah pertama: klik "pilih semua". Langkah kedua: klik "padam selama-lamanya".
Kita membuangnya kerana spam ini mesej yang tidak dicari dan tidak diminta, yang tersebar melalui Internet yang dihantar kepada sebanyak mungkin penerima. 
Spam ini selalunya iklan bagi barangan atau perkhidmatan yang selalunya tidak kita diperlukan, tidak mustahak. Adakalanya ia umpan untuk mengelabukan atau 'phising' yang nantinya digunakan untuk mencuri identiti dan maklumat peribadi pengguna Internet.
Itu sebabnya kita bakulsampahkan begitu saja. Tidak penting, tidak berguna, tidak perlu.
Umno hari ini memurnikan kata "spam" apabila menamakan jentera penerangan sayap Pemudanya dengan akronim SPAM — Skuad Penerangan Anak Muda.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata pasukan itu terdiri daripada pemidato, penceramah agama dan pengendali media sosial. Tugas mereka memberi penjelasan dan berdialog dengan generasi muda berhubung isu-isu semasa.
Sasaran SPAM ini ialah lebih kurang 15 juta pengundi yang akan membuat pilihan menentukan masa depan negara pada PRU14 nanti, yang sebahagiannya tidak menganggotai mana-mana parti politik.
"Mereka ini (anggota SPAM) dilengkapkan dengan segala pengetahuan berkaitan isu-isu semasa dan mampu bercerita serta duduk bersembang dengan anak-anak muda dalam kumpulan kecil atau besar di mana-mana sahaja,"  kata Jamawi.
Tugas utama jentera yang kini hampir 300 anggota itu tentulah memerangi apa yang ia istilahkan sebagai "fake news".
Tetapi belum sempat lagi buka mulut, mereka ini sudah diolok-olokkan dan dibuat bahan ketawa kerana namanya yang sangat salah.
Di media sosial, walaupun tidaklah sampai meletup trending di Twitter, berita pelancaran jentera penerangan untuk mendekati anak muda itu dijadikan jenaka.
Orang bertanya bagaimana hendak mendekati anak muda kalau bahasa anak muda pun tidak faham. Ini pun bukanlah bahasa anak muda tetapi bahasa yang sepatutnya dikuasai oleh mereka yang mahu 'berperang' di ruang komunikasi masa kini.
Spam ini benda yang orang tidak suka, orang menyampah. Ini bukan soal spam dengan huruf kecil dan SPAM dengan huruf besar — SPAM bunyinya tetap spam.
Itu spam di Internet. Ada satu lagi Spam — tetapi yang itu lagilah, tidak masuk langsung dengan naratif Umno kerana ia tidak halal.
Untuk beberapa bulan akan datang ini, Umno akan menjelajah ke seluruh Malaysia dengan SPAM memberikan penjelasan terhadap apa yang ia istilahkan sebagai "fake news" — termasuk berita yang mendedahkan kepincangan kerajaan dan menyedarkan realiti Malaysia.
Kita tidak tahu bagaimana orang akan menyambut SPAM ini: apakah menerima penjelasan jentera penerangan itu dan mendapat "pencerahan" atau, seperti spam di kotak e-mel, pilih semua dan padam selama-lamanya. – 5 Disember, 2017.
* Azam seorang wartawan dengan The Malaysian Insight. Anda boleh mengikutinya di Twitter 
E-mel: azam@themalaysianinsight.com
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
The Malaysian Insight

No comments:

Post a Comment