RUU 355 "GHAIB" SEBELUM PRU14 ? HADI PUN SEPERTI TIDAK BERMINAT DAN TIDAK HADIR DEWAN
Sidang Parlimen sekarang hampir pasti adalah persidangan terakhir sebelum PRU14. Kita masih ingat, pada siri2 persidangan penggal lepas, berkali2 RUU Akta 355 yg dibawa oleh Hadi sebagai Usul Persendirian ini asyik ditangguhkan.
Di dalam masa yang sama, sewaktu penangguhan berjalan, yang menjadi mangsa adalah Dap selain dari Amanah, termasuk juga rakan2 dari PH. Mereka dituduh menolak RUU Akta 355. Kak Wan diberi amaran akan dijiratkan jika tidak menyokong RUU Akta 355. Di atas mimbar Jumaat, berkumandang Khatib lebai ini berbicara tentang RUU Akta 355 di samping menuding jari kepada Dap. Puluhan ribu ringgit telah dikutip masuk ke dalam tin milo setiap kali berhimpun menyokong RUU Akta 355. Baju Unggu pun sudah mulai lusuh.
Para walaun tentulah berharap sidang kali ini RUU Akta 355 akan dibahaskan di Parlimen. Mereka sudah tidak tahan telinga lagi apabila disindir, ditertawakan dan dipermainkan oleh orang ramai apabila RUU Akta 355 ini menjadi 'mainan politik' di antara pemerintah dan pemimpin lebai itu sendiri. Mereka mungkin ikhlas mahu kepada RUU Akta 355, tetapi apakah pemimpin mereka sendiri ikhlas?
Mereka diminta berjuang dan berkorban masa dan wang ringgit untuk RUU Akta 355 ini, tetapi apa pula pengorbanan pemimpin lebai itu sendiri? Penggal yang lalu, Wakil Rakyat yang paling keras membantah tindakan Speaker menangguhkan perbahasan RUU Akta 355 ini adalah Wakil Rakyat dari Amanah, Dap dan Keadilan. Wakil Rakyat lebai membisu terus seolah2 RUU Akta 355 terlaksana sebaik sahaja Hadi membaca tajuk dan dihuraikan oleh Takiyudin.
Bayangkan, begitu seriusnya Wakil-Wakil Rakyat dari PH untuk menyegerakan perbahasan RUU Akta 355 seolah2 usul RUU Akta 355 itu dibawa oleh PH sendiri. Apabila Speaker menyatakan perbahasan RUU Akta 355 akan ditangguhkan kepada Sidang akan datang (Sidang sekarang), beberapa orang Wakil Rakyat dari PH bangun membantah. Mereka bukan membantah RUU Akta 355 sepertimana yang kebanyakan walaun fikir. Mereka membantah kenapa perbahasan itu ditangguhkan? Bukankah Pas menyatakan RUU Akta 355 itu penting, tu nyawa Pas sepertimana pentingnya Hudud yang dulu mereka laung2kan?
Malangnya, skrip telah diatur. RUU Akta 355 memang dirancang untuk ditangguhkan. Wakil-Wakil Rakyat dari PH telah bersedia untuk membahaskan RUU Akta 355, buktinya mereka sanggup adakan Sidang Parlimen olok2 untuk membawa hujah2 mereka tentang RUU Akta 355. Terbukti, di dalam hujahan wakil dari Dap, Keadilan dan Amanah, tiada seorang pun yang menyatakan untuk menolak total RUU Akta 355. Jadi, di mana tuduhan yang mengatakan PH menolak? Jika Pas bersetuju dan telah bersedia, mengapa Pas tidak ke hadapan? Bukankah itu usul dari Presiden Pas sendiri.
Lebih malang lagi, penggal ini sebagai penggal terakhir, RUU Akta 355 yg dikatakan berada di tangga ke 7 senarai giliran masih juga tertangguh. Bukan sahaja RUU Akta 355 itu tertangguh, bahkan tukang bawa usul itu pun batang hidung tidak nampak. Siapa yg bermain2 dengan RUU Akta 355 ini sebenarnya? Apakah selepas ini Dap dan kami dari PH akan terus menjadi sasaran fitnah lebai? Sepatutnya, penggal terakhir ini para lebai wajib berhimpun atau berdemo seramai Fastaqim mereka di Parlimen untuk mendesak agar Speaker tidak lagi 'membuli' Hadi Awang. Mengapa waktu pertama Hadi bawa usul dulu kamu sanggup sewa bas angkut budak2 Tahfiz berbaris di Parlimen kononnya untuk menyokong RUU Akta 355? Mengapa sekarang senyap? Mana Hadi Awang?
Jelas sekali, Akta 355 hanyalah modal politik lebai yang dibantu oleh rejim pemerintah. Amat malang sekali apabila ugama diperalatkan sedemikian rupa. Kita bersimpati dengan walaun2 yang tidak tahu apa2. Sampai bila lebai2 ini mahu mempergunakan ahli2 mereka di bawah?
WFAUZDIN NS
KDL.
Kerjasama dengan PAS mustahil, Umno ikrar tawan Kelantan PRU14
Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diadakan di “rumah putih” Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur minggu lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight, 3 Disember, 2017.
KESUKARAN untuk bekerjasama dengan PAS menyebabkan Umno bersiap sedia merampas Kelantan yang dikuasai musuh tradisi mereka sejak 1990 itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diadakan di “rumah putih” Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur minggu lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Najib Razak.
“Mesyuarat berkenaan adalah untuk Umno Kelantan memberi taklimat kepada Najib mengenai persediaan pilihan raya.
“Selain itu Umno Kelantan menegaskan kepada Najib, tetap dengan pendirian untuk tidak kerjasama dengan PAS di Kelantan,” kata satu sumber yang mengetahui mesyuarat itu kepada The Malaysian Insight.
The Malaysian Insight
No comments:
Post a Comment