Umno teliti 3 calon MB Selangor, Jamal tidak tersenarai
UMNO menimbangkan tiga nama untuk jadi calon menteri besar Selangor sebagai persiapan menawan semula negeri itu daripada pembangkang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, kata sumber.
Sumber daripada kumpulan penasihat politik kepada Umno itu berkata nama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos bagaimanapun tidak ada dalam perbincangan tersebut.
Tiga nama berkenaan dikemukakan oleh badan penasihat politik itu kepada pucuk pimpinan Umno Malaysia untuk pertimbangan, tambah sumber.
"Kita bincang tiga nama itu saja. Nama Jamal tidak ada," kata sumber yang maklum tentang perbincangan itu kepada The Malaysian Insight, dengan syarat identitinya tidak didedahkan.
Jamal baru-baru ini menawarkan diri sebagai calon menteri besar Selangordengan janji beliau boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab lebih baik berbanding Azmin Ali yang menerajui kerajaan negeri PH sekarang.
TMI.
No comments:
Post a Comment