Pages

Monday, 11 December 2017

[Video Hina & Kutuk Tun M, semasa PAU 2017-Penanda Riwayat Umno Akan Tamat 2018] Umno tetap dengan lagak sombongnya...SAMANLAH DI DUNIA DULU?

Selasa, 12 Disember 2017

SAMANLAH DI DUNIA DULU?

Lawak pula rasanya bila membaca kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan pihaknya akan mendakwa wartawan yang didakwanya suka memutar-belitkan sesuatu berita di akhirat nanti.

Nampaknya pemimpin UMNO ini tetap dengan lagak sombong dan angkuhnya seolah-olah di akhirat juga mereka ada kuasa seperti di dunia ini.

Di dunia mereka boleh bebas mendakwa orang, di akhirat juga mahu berbuat perkara yang sama.

Sedarkah Ku Nan bahawa di akhirat nanti semua manusia akan menjadi pesalah yang akan diadlili dengan seadil-adilnya oleh Tuhan dan tidak ada sesiapa boleh menjadi pendakwa?

Lebih daripada itu, tahukah Ku Nan bahawa di akhirat orang yang mula-mula akan didakwa dan diadili serta ditanya Tuhan mengenai apa yang dilakukan di dunia ialah mereka yang bergelar pemimpin?

Pemimpin akan ditanya dari segi keadilan mereka, bagaimana menggunakan kuasa yang ada, sentiasa bertindak adil atau sebaliknya, makan rasuah atau tidak, cakap lurus atau berbelit-belit, kekayaan yang dimiliki datang daripada mana, isteri serta keluarga tumpang bermewah dengan harta negara atau tidak dan macam-macam lagi?

Maka itu, ada baiknya Ku Nan memikirkan bagaimana untuk dirinya sendiri berhadapan dengan Tuhan nanti dan adakah beliau sudah benar-benar menjadi pemimpin dalam ertikata sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh agama kita?

Tidak guna Ku Nan mengugut untuk mendakwa wartawan di akhirat kerana jika benar mereka melakukan kesalahan, kenapa tidak dakwa saja mereka di dunia ini?

Mengapa perlu tunggu di akhirat?

Apa yang wartawan telah putarbelit mengenai kenyataan seorang menteri, Hamzah Zainuddin yang mengaitkan kenaikan harga barang dengan ketetapan Tuhan serta dikatakan sudah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi yang diucapkannya di PAU 2017 baru-baru ini?

Wartawan yang memutar-belit perkara tersebut atau menteri itu sendiri yang tidak cermat dan sesuka hati berselindung di sebalik agama dan Tuhan atas kegagalannya menjalankan kerja dengan baik?

Kalau di dunia pun tidak pasti mampu menegakkan keadilan dan kebenaran, bagaimana untuk melakukannya di akhirat sana? (ShahbudinHusin 11/12/2017)


No comments:

Post a Comment