Pages

Wednesday, 6 December 2017

[Video Mahathir & Mat Sabu Sepentas Di Forum Tangkap Jho Low & Mahathir Bidas PAS Kerana Sekongkol Dgn Najib] Sikap paling tidak bertanggungjawab dalam isu RUU355.

Khamis, 7 Disember 2017


Sikap paling tidak bertanggungjawab dalam isu RUU355

Sikap paling tidak bertanggungjawab  dalam isu RUU355

Seorang pemimpin parti suci cuba nak tonjolkan kononnya dia “smart” bila dia kata tanggungjawab RUU 355 kini bukan lagi jadi tanggungjawab parti suci selepas YB Marang dapat bentang usul tersebut (tapi tak langsung dibahas meskipun baru pukul 4pm lebih).

Untuk rekod, Usul RUU 355 tersebut belum even capai status bacaan kali pertama pun. So, usul tu , maaflah, is nothing!

Si Mamat ni kata bila Yb Marang dah bentang, meskipun tak pernah dibahas jauh sekali diluluskan, maka ,tanggungjawab parti suci dah berakhir kat situ. Dia kata kini tanggungjawab itu digalas oleh Umno dan Speaker Dewan Rakyat.
Si Mamat ni guna analogi macam orang main bolasepak..dia kata parti suci dah “passed” bola pada Umno dan kini tugas Umnolah untuk jaringkan gol. Dia perlakukan isu syariah macam bola. Kalau kami yang tak suci kata begitu, confirm dah kena label liberal.
Anyway, wajib kena komen, jika tidak nanti, saya khuatir, ramai yang berpotensi jadi bengong.
a. Bila anda beriya-iya nak juga pinda Akta 355 melalui jalan yang susah dan berbelit-belit iaitu dengan bawa RUU persendirian, maka 1001 kali pun anda cuba lari daripada tanggungjawab, maaflah anda takkan terlepas.
b. Akta 355 adalah berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam urusan Jenayah Syariah. Ia digubal oleh BN, maka logiknya BN yang patut pinda. So simple. Tapi, elemen-elemen tertentu dalam parti suci nak tunjuk kononnya mereka adalah hero dalam memperjuangkan hukum Allah, maka mereka gatal juga nak pinda melalui RUU Persendirian.
c. Bagi saya, pada masa itu, yang paling penting Akta itu berjaya dipinda bagi boleh naikkan taraf bidangkuasa Mahkamah Syariah. Melalui RUU Persendirian, bagi saya dan kawan kawan dalam Amanah yang dalam lajnah politik dan AJK Pusat Parti Suci pada masa itu, bukan sahaja kaedah itu sukar malahan mungkin tak berjaya. Terbukti, dengan kuasa Allah, kami betul.
d. Tapi, hasrat dan ego nak jadi superhero mengatasi segala galanya. Kesannya, parti berantakan, PR musnah berkecai dan RUU 355 x ke mana pun. Status quo Mahkamah Syariah kekal x terusik.
e. Saya masih ingat dulu pun, masa nak guna kaedah RUU Persendirian bagi pinda Akta 355, mereka juga guna alasan bolasepak. Logik mereka pada masa itu adalah jika Umno-BN yang bawa pindaan Akta 355, maka Umno yang dapat nama kerana jaringkan gol sedangkan yang susah payah gubal Kanun Jenayah Syariah Kedua adalah parti suci. Saya marah betul dengan lojik gila tu.
f. Jika beginilah caranya puak-puak parti suci memperlakukan isu syariah, maaf lah, boleh ke dipercayai mereka ini benar-benar serius? Penyokong yang “wala’ ” buta tuli sudah tentu kata mereka serius sebab dasar mereka kan Islam.
*Penulis Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin
Malaysia Dateline

No comments:

Post a Comment