KALI INI NAJIB JANGAN LARI DARIPADA SAMAN TUN MAHATHIR
Sebagaimana yang dijanjikan dengan memberi notis seminggu sebelum ini, semalam Tun Mahathir Mohamad mengotakan janjinya dengan memfailkan saman terhadap enam anggota Suruhanjaya Diraja atau RCI forex atas dakwaan laporannya sebagai tidak lengkap.
Turut disaman ialah Najib Razak selaku Perdana Menteri, kabinet dan kerajaan Malaysia.
Beliau memohon perisytiharan bahawa laporan RCI itu tidak sah mengikut undang-undang dan tidak boleh diterima kerana tidak memasukkan semua kenyataan saksi atau keterangan mereka yang hadir, termasuk permintaan bertulis atau lisan dalam bentuk transkrip, rakaman video dan hujah yang dibuat oleh peguam.
Hari ini pula dalam tulisannya di blognya, Tun Mahathir berkata, sebagaimana yang dijangka, RCI forex hanyalah bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan mencari kesalahan pemimpin lawan berasaskan sangkaan yang ditukar menjadi fakta.
Tun Mahathir seterusnya berhujah, sekiranya beliau sebagai bekas Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim selaku bekas Timbalan Perdana Menteri boleh dikaitkan dengan tuduhan bersubahat, seharusnya bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid juga boleh disabitkan sama kerana dia sebenarnya sudah lama tahu dan sedar jumlah kehilangan serta penipuan yang didakwa berlaku itu.
Tetapi, tambahnya, Abdul Murad tidak dianggap bersalah kerana menyembunyikan penipuan itu begitu lama.
Apabila Tun Mahathir memilih untuk memfailkan samannya pada hari Selasa, ia secara tidak langsung adalah sindiran kepada Najib yang sebelum ini gah berteriak mahu menyaman WSJ pada hari Selasa juga, namun sehingga sekarang masih dinanti-nanti oleh 31 juta rakyat Malaysia bilakah ianya akan menjadi kenyataan.
Dalam bergembira dan kesedapan menikmati ketam di Colombo, Najib diam-diam telah dimalukan secara sinis oleh Tun Mahathir.
Dalam saman ini pula, jika benar Najib berpegang kepada keyakinan yang ada dalam dirinya bahawa Tun Mahathir dan Anwar bersalah dalam kerugian mata wang itu, beliau mestilah berani untuk berdepan dengan bekas Perdana Menteri itu di mahkamah.
Najib tidak harus jadi pengecut dengan cuba menolak saman Tun Mahathir ini sebagaimana sebelumnya beliau menolak beberapa saman berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta dengan menggunakan alasan-alasan teknikal seperti kedudukannya bukan penjawat awam dan sebagainya.
Oleh kerana RCI forex diinisiatifkan oleh Najib melalui kuasanya sebagai Perdana Menteri yang mengetuai kabinet, maka beliau seharusnya juga berani berdepan dan mempertahankan tindakannya walau dengan siapa dan dalam keadaan apa sekali pun.
Kalau asyik mengelak dan melarikan diri saja daripada Tun Mahathir, di mahkamah lari dan dan di forum juga lari, bagaimanakah rakyat mahu menghormati dan mengundi beliau lagi? (ShahbudinHusin 20/12/2017)
Selamat malam bossku semua...
ReplyDeleteKamu Sering Kalah Main Judi?
Sudah Tidak Jaman Lagi Kalah Main Judi
Kami Hadir Dengan Inovasi Terbaru & Tercangih, Dengan Jackpot Yang Super Pasti & Gampang Untuk Menang Terus Di Setiap Hari .
Transaksi Cepat, Aman & Terpercaya.
Tersedia 7 Games Dalam 1 User ID :
New Game ------>> GAME SAKONG
Poker, Domino, BandarQ, Capsa, Sakong
Minimal Deposit Rp.15.000,-
Minimal Withdraw Rp.15.000,-