Pages

Saturday, 23 December 2017

[Video Pakatan Harapan Bersama WARISAN Selamatkan Sabah & Kebangkitan Rakyat Pastikan Kemenangan Pakatan] Gelombang kedua keluarnya ahli PAS Selangor, PKR sedia terima.

Sabtu, 23 Disember 2017

Related image

Related image

Gelombang kedua keluarnya ahli PAS Selangor, PKR sedia terima

Difahamkan wujud gelombang kedua kemasukan ahli dan pemimpin PAS Selangor untuk masuk PKR, situasi yang mencabar kedudukan Amanah dalam Pakatan Harapan di Selangor kerana kini mereka terpaksa bersaing kerusi dengan ahli PAS itu. – Gambar fail The Malaysian Insight , 23 Disember, 2017.

JENTERA pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli PAS di negeri itu dan bertanding atas tiket PKR dalam  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, gelombang ini akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Berbanding dengan gelombang pertama yang menyertai Amanah, gelombang kedua ini bakal menyaksikan kemasukan ke dalam PKR.
Adalah difahamkan, pemimpin Amanah tidak senang dengan perkara ini kerana ia akan mengganggu proses pembahagian 56 kerusi negeri Selangor yang telah dibuat dalam kalangan parti-parti dalam Pakatan Harapan.
"Kami diminta bersedia untuk menerima gelombang kedua ini," kata seorang pemimpin jentera pilihan raya PKR peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada The Malaysian Insight.
Cadangan ini turut dibangkitkan dalam retreat PH awal bulan ini.
Sumber PAS Selangor memaklumkan cadangan ini baru di peringkat perancangan.
"Ia adalah pelan tindakan sahaja selepas ramai antara kami yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang.
"Kira-kira 10 dari 13 Adun (ahli Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS yang ada sekarang terutama selepas peralihan kepimpinan di Selangor," kata sumber itu.
Sumber itu berkata, mereka telah cuba beberapa kali untuk mengubah sikap pemimpin PAS pusat agar sedia bekerjasama dengan PH dalam PRU14 nanti, namun tidak berjaya.
PAS bekerjasama dengan PKR, DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, tetapi berpecah pada tahun 2015 selepas pemimpin yang lebih konservatif mengambil alih PAS sepenuhnya.
Mereka kini membuat satu gabungan baru dengan parti-parti yang lebih kecil dan dinamakan Gagasan Sejahtera yang akan menentang PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu serta Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang.
"Adun PAS pernah bertemu dengan Mursyidul Am PAS (Hashim Jasin) tidak sampai sebulan yang lalu bagi membincangkan perkara ini, namun beliau tidak dapat memberikan penjelasan yang baik mengenainya.
"Kami hanya diminta menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi Awang). Kami diminta bekerjasama dengan BN dan PKR untuk perkara-perkara baik," kata beliau.
Hadi sudah beberapa kali menegaskan PAS tidak akan mempunyai kerjasama pilihan raya dengan BN atau PH bahkan sering mengkritik pemimpin PH terutama pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau kami masuk bertanding pun mungkin kalah, jadi jalan terbaik adalah sertai mana-mana parti PH dan PKR adalah yang terbaik kerana hubungan akar umbi kami dengan PKR lebih baik berbanding Amanah," kata sumber PAS itu.
Sumber itu berkata, Merdeka Centre pernah membentangkan kajian mengenai kedudukan PAS di Selangor.
Menurut kajian itu, PAS berpeluang mengekalkan kira-kira tujuh dari 15 kerusi negeri yang dimenangi dalam PRU13 dalam pilihan raya akan datang jika bertanding satu lawan satu dengan calon BN.
Namun jika berlaku pertandingan tiga penjuru dengan PH dan BN, PAS hanya mampu menang satu kerusi sahaja iaitu Bangi.
Sementara itu, satu sumber lain pula memberitahu, isu mendapatkan Adun PAS menyertai PKR ini ada dibawa dalam retreat PH awal bulan ini namun tidak berapa disenangi oleh peserta yang lain.
"Ada yang bertanya, apa jaminan PH dapat manfaat darinya kerana walaupun berjaya menarik Adun mereka, PAS tetap akan meletakkan calon mereka di situ," kata seorang peserta retreat itu.
MD.

No comments:

Post a Comment