Pages

Sunday, 10 December 2017

[Video Siapa Perdana Menteri PH & UmnoBN sudah risau semakin bingung!] Akhirnya pemimpin Umno terpaksa akui kenaikan kos sara hidup.

Ahad, 10 Disember 2017

Image result for Kartun Zunar harga barang naik
Image result for Kartun Zunar harga barang naik

Akhirnya pemimpin UMNO terpaksa akui kenaikan kos sara hidup

Kerajaan UMNO perlu berasa malu dan terpaksa mengakui bahawa masalah ekonomi dan kenaikan kos sara hidup yang membebani rakyat negara ini bukanlah dongeng dan penyimpangan fakta sebagaimana didakyahkan pemimpin mereka sebelum ini.
Kesempitan yang dihadapi rakyat jelata itu terpaksa juga diakui apabila Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar senada dengan keluhan Ratu Jazz Negara Datuk Sheila Majid kelmarin mengenai kenaikan kos sara hidup yang menyelubungi rakyat jelata.
Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO hari ini, Rizalman berkata isu kenaikan kos sara hidup tersebut umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa.
“Situasi ini adalah satu realiti yang sukar dinafikan. Justeru perkara ini perlu ditangani dengan berkesan kerana ia bukan soal remeh dan boleh mendatangkan malapetaka kepada kita semua,” katanya.
Beliau turut supaya kementerian dan agensi berkaitan untuk bertindak segera dan lakukan penguatkuasaan bersungguh-sungguh bagi menangani kenaikan kos tersebut. Ini termasuk mengambil tindakan terhadap sebahagian peniaga yang rakus.
Kenyataan berani Rizalman ini memberi tamparan hepat kepada Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini cuba berdalih ketika mengulas keluhan Sheila Majid yang tular di media sosial kelmarin.
Sheila antara lain mengadu tentang harga makanan yang mahal, kos sara hidup yang tinggi dan peluang pekerjaan yang semakin sukar.
Pemimpin UMNO putus hubungan dengan realiti akar umbi

Adrian Lasimbang, Penyelaras DAP Pensiangan
Pemimpin muda dan juga Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang ketika dihubungi menasihatkan pemimpin kerajaan supaya tidak putus hubungan dengan realiti sebenar bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat.
Menurutnya, kenyataan berani Sheila yang mengundang kecaman pemimpin UMNO itu merupakan sebuah ‘wake-up call’ dari kalangan artis negara ini.
“Jadi, pemimpin jangan terlalu angkuh dengan kenyataan-kenyataan mereka. Mereka mungkin tak pernah rasai kesusahan akar umbi, apalagi yang tinggal di pedalaman,” kata Adrian.
Dasar percukaian kerajaan melaksanakan GST dan sebagainya jelas beliau merupakan faktor kenaikan harga barang selain dari elemen rasuah dan penguatkuasaan yang lemah.
Adrian berkata, kenaikan kos sara hidup ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat di bandar tetapi juga mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
“Bayangkan harga minyak (petrol) misalnya di beberapa kawasan pedalaman terpaksa dijual tinggi sehingga tiga kali ganda sebab jauh dari stesen minyak,” katanya lagi. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment