Pages

Saturday, 16 December 2017

[Video TERBUKTI~Najib Telah Malukan Negara] Ehem, ehem...ini himpunan membantah Amerika dan Israel atau himpunan politik untuk kepentingan Umno BN? Terdesak sangatkah Najib nak menang pilihanraya?

Sabtu, 16 Disember 2017

INI SEMUA HIMPUNAN POLITIK!!!

Dilaporkan melalui pelbagai media bahawa satu himpunan besar-besaran melibatkan UMNO,  Pas dan NGO tertentu akan diadakan di Masjid Putra,  Putrajaya pada 22 Disember depan sebagai membantah tindakan Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Mengumumkan perkara tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, Presiden UMNO Najib Razak, Presiden Pas, Hadi Awang dan seorang wakil NGO akan berucap dalam perhimpunan itu.

Sehubungan itu, Zahid Hamidi menyeru segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum agar turut hadir menyatakan sokongan mereka.

Ehem, ehem, ehem...ini himpunan membantah Amerika dan Israel atau himpunan politik untuk kepentingan UMNO dan BN menjelang PRU 14?
Sejujurnya, dari segi UMNO dan kerajaan, tindakan menghantar memorandum melalui Pemuda UMNO ke Kedutaan Amerika minggu lalu dan kemudian Najib sendiri hadir dalam Sidang Luar Biasa OIC di Turki, adalah langkah permulaan yang dianggap memadai dalam usaha membantah sikap biadap Amerika dalam isu Baitulmaqdis ini.

Susulan daripada dua tindakan, ia bukanlah dengan berdemo dan menjerit bersama dengan Pas dalam perkara itu. Ia tidak mendatangkan banyak kesan kepada Amerika.

Lagi pula, kerja berdemo ini adalah untuk mereka yang tidak ada kuasa. Orang yang ada kuasa seperti Najib seharusnya bertindak berdasarkan kuasa yang ada padanya sebagai langkah seterusnya.
Sepertimana yang disebut dalam blog ini beberapa hari lalu, jika benar Najib begitu marah dan mengecam  Amerika serta ingin menunjukkan tindak balasnya kepada Donald Trump, langkah paling wajar yang perlu diambilnya ialah dengan segera membatalkan pembelian pesawat Boeing dan menarik balik bantuan berpuluh bilion ringgit untuk mengukuhkan ekonomi Amerika yang diumumkannya tidak lama sebelum ini.

Apa gunanya Najib menjerit dan berpeluh-peluh di tengah panas mengecam Amerika bersama Hadi Awang, tetapi kerajaan pimpinannya masih membeli Boeing dengan jumlah yang besar dan menawarkan pula bantuan mengukuhkan ekonomi Amerika,  macamlah negara kita sudah begitu kaya dan mempunyai dana berlebihan setiap tahun.

Kemudian, jika Najib masih lagi menggunapakai perkhidmatan Apco sebagai perunding medianya, beliau juga seharusnya memecat mereka dengan segera kerana syarikat itu jelas dikaitkan dengan Yahudi dan Israel.
Tiada gunanya juga Najib menunjukkan rasa marah kepada Amerika dan mengecam Israel, tetapi dalam masa yang sama beliau begitu seronok menghulurkan bantuan untuk mengukuhkan ekonomi mereka dan meletakkan "tangan-tangan Amerika" terus berada di sekelilingnya sendiri.

Kiranya semua tindakan itu tidak mampu dilakukan Najib, adalah amat tidak bermakna jika beliau terus mengecam Amerika dan Israel, malah himpunan di Masjid Putra, Putrajaya itu nanti tidak lebih sebagai himpunan retorik politik untuk kepentingan mengekalkan kuasa di sebalik imej kleptokrasi yang terpahat kukuh dalam kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Himpunan yang bakal diadakan itu hanyalah untuk dipamerkan sebagai  suatu medan untuk menunjukkan kononnya wujud kesepakatan UMNO dan Pas untuk saling berganding bahu dalam isu-isu tertentu, sedangkan nawaitu sebenarnya ialah agar kerajaan yang ada terus diberikan sokongan oleh rakyat sebagaimana Pas sendiri sedia menunjukkan sokongannya.

Isu Baitulmaqdis, Amerika dan Israel hanyalah alat semata-mata.

Nampaknya, setelah sebelum ini UMNO memainkan isu bangsa dan Pas dengan nyanyian agamanya, kini kedua-dua parti itu bergabung tenaga menjadikan isu Baitulmaqdis pula sebagai senjata untuk menang pilihanraya dan mengekalkan kuasa.

Terdesak sangatkah Najib nak menang pilihanraya? (ShahbudinHusin 15/12/2017)

No comments:

Post a Comment