Pages

Sunday, 3 December 2017

[Video Tinggalkan Zaman Kegelapan Umno, ekonomi gawat, rasuah, GST membebankan] Fathia: Berpuluh tahun baru nak dakwa Dr M?

Ahad, 3 Disember 2017

Siasatan terhadap ketua SPRM di peringkat akhir, kata KPN 

SIASATAN terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad berhubung dakwaan skandal hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin kini di peringkat akhir, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun hari ini. 
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada kenyataan ketua SPRM itu sudah dirakam.
"Kertas siasatan dalam peringkat akhir. Kita akan selesaikannya tidak lama lagi," kata Fuzi kepada pemberita di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur.
Fuzi juga enggan mengulas mengenai kertas siasatan yang diberikan antara Jabatan Peguam Negara dan polis sebanyak tiga kali. 
"Itu saya tidak mahu komen. Ada beberapa keputusan yang kami perlu dapatkan dan beberapa isu forensik yang perlu diselesaikan," katanya. 
Ini merupakan kali ketiga pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selepas penyeraahan sebelum ini dibuat pada 17 dan 30 Oktober. 
Kertas siasatan itu kemudiannya dikembalikan kepada polis untuk "tindakan susulan", kata Fuzi kepada pemberita bulan lalu. 
 3 Disember, 2017.
The Malaysian Insight

Fathia: Berpuluh tahun baru nak dakwa Dr M?


Atas pelbagai sebab, jarang kita melihat selebriti tanah air bersuara dalam isu politik, terutama dengan suara yang mengkritik kerajaan.
Namun pelakon Fathia Latiff nampaknya menjadi pengecualian dalam perkara itu.
Dia sekali lagi mengkritik kerajaan, kali ini berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (forex).
RCI itu antara lain mencadangkan agar perdana menteri ketika skandal itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat.

Fathia mempersoalkan sama ada langkah itu adalah sesuatu yang "bijak".

Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan 'bijak'?" soal Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, di Twitter hari ini.

Setakat ini, belum pasti jika ada pihak yang didapati terlibat dalam perkara itu akan didakwa di mahkamah
Selain Mahathir, RCI turut mengesyorkan siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.
Ini kerana RCI mendapati kedua-duanya mungkin bersubahat dengan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam menyembunyikan beberapa fakta berhubung perkara itu kepada Kabinet.
Dalam laporan yang dikeluarkan semalam, RCI menyimpulkan Bank Negara mengalami kerugian RM31.5 bilion dalam dagangan forex antara 1992 hingga 1994, dan Nor Mohamed yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara pada ketika itu sebagai pihak yang bertanggungjawab.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata, polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh selepas menerima laporan tentang perkara itu.
Fathia berkata lagi, jika "ingin membuka cerita lama", siasatan patut juga dibuat terhadap dakwaan "sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi individu tertentu".
"Siasatan perlu dibuat dan 'keputusannya' didedahkan kepada umum kerana masih ada persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya. Setuju?" soalnya.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada sumbangan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata wang itu disumbangkan keluarga diraja Arab Saudi, walaupun sesetengah pihak termasuk pembangkang mendakwa wang itu berkait dengan 1MDB.
Najib menafikan dakwaan tersebut, dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment