Pages

Saturday, 6 January 2018

[Video Anwar bebas Jun ini & Pengundi Hantu 1 Malaysia?Gerrymandering mungkin boleh dikalahkan, bagaimana pula dengan ‘pengundi hantu’?

Sabtu, 6 Januari 2018


Gerrymandering mungkin boleh dikalahkan, bagaimana pula dengan ‘pengundi hantu’?


Gerrymandering adalah amalan di mana sempadan sesebuah kawasan pilihan raya dilukis bagi menjadikan kawasan itu didominasi sesuatu kaum atau segerombolan penyokong bagi memberi kelebihan kepada si pelukis sempadan.
Ini terbukti pada tahun apabila Perikatan yang kemudiannya Barisan Nasional (BN) mengukuhkan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1959, 1974, 1986, 1995 dan 2003 setelah persempadanan semula dilaksanakan setahun sebelum PRU dilangsungkan.
Menurut Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangannya di Institut Darul Ehsan baru-baru ini, persempadanan semula adalah ‘rahsia di sebalik kemenangan besar BN’.
Namun, dinamik baru politik negara seperti dialami saat ini memberi kesan terhadap langkah great design BN ini.
“Apa yang berlaku, design 2004 ternyata menjadi, tapi tidak bagi pilihan raya 2008,” kata Prof Redzuan.
Keputusan PRU tahun 2008 menjadi bukti kukuh bahawa persempadanan semula kawasan pilihan raya bukan lagi azimat kepada UMNO-BN untuk kekal di tampuk kuasa. Pemerintahan UMNO-BN boleh tumbang mudah dalam pilihan raya akan datang melalui kesedaran politik yang sedang rancak berlaku dari kota hingga ke desa.
Bagi bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman beranggapan persempadanan semula yang sedang dilakukan saat ini merupakan satu ‘tindakan bodoh’.
“Dia longgok Melayu 75%, 80% dia ingat Melayu bodoh sekarang. Melayu sudah dewasa, Melayu sudah cerdik, Melayu sudah tahu apa yang telah dilakukan,” tegasnya.
Pengundi hantu
Namun, apa yang menjadi kegusaran saat ini ialah mengenai lambakan ‘pengundi hantu’ yang muncul tiba-tiba dengan nama dan alamat yang meragukan sebagaimana yang dilaporkan media di seluruh negara.
Cerita pengundi hantu yang mendiami tanah-tanah lot kosong atau rumah tidak berpenghuni bukan dongeng. Ia benar-benar terjadi dan telah dibuktikan.
Terbaru, seramai 782 ‘pengundi hantu’ yang berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai berjaya dihalau’ dari kawasan itu setelah sesi pendengaran semula SPR dijalankan.
Tangan-tangan ghaib BN juga jelas wujud apabila sebahagian mereka juga didaftarkan di beberapa premis milik pemimpin MCA tempatan terdiri daripada pengundi berketurunan India dan Melayu.
Meskipun kes ini mencatatkan kejayaan kepada HARAPAN, bagaimana pula dengan kawasan lain yang turut dilanda gelombang pengundi meragukan ini?
Jika pada PRU13 kita dikejutkan dengan pengundi hantu dari kalangan warga asing, pada kali ini – hantu itu mungkin jiran sebelah rumah anda.
Jika ia tidak ditangani dengan baik, hantu-hantu ini akan terus beranak-pinak dan merampas segala kebahagian masa hadapan yang bakal kita kecapi – sebuah harapan dan kerajaan baru!
Maka, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat yang cintakan tanah air untuk membanteras segala ‘hantu’ dan ‘bapak hantu’ yang cuba merampas kedaulatan negara ini. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment