ORANG KELANTAE KEBULUR KE KALAU NAJIB TAK BANTU...KENA JAWAB TU ADIK KAKOK
Sehari Najib di Kelantan tapi kata-katanya berbekas...terpulang le kepada adik kakok lagu mano nak ghoyak balah...
JAWAPAN PALING TEPAT MESTI DATANG DARI RAKYAT KELANTAN, BUKAN DARI KERAJAAN NEGERI ATAU DARI NIK AMAR - tidak pasti samada pas pusat sudah memberi apa apa komen tentang kenyataan Najib itu atau hanya akan membiarkan untuk ditelan rakyat Kelantan.
Kata Najib, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dana yang disalurkannya kepada Kelantan hanyalah berjumlah RM12.7 bilion sahaja.
Sebaliknya, kata beliau, sejak 2006 hingga tahun ini, dana yang disalurkan oleh kerajaan Pusat kepada Kelantan adalah berjumlah RM14.69 bilion.
"Negeri defisit macam Kelantan ini, kalau tiada sumbangan daripada kerajaan Pusat, mereka nak bayar gaji pun tak mampu.
"Kita ada masa lagi untuk tambah peruntukan kepada Kelantan. Nak undi atau tak undi, itu hak mereka tapi kali ini undi kitalah.
“Kita bagi suntikan macam-macam, tuan-tuan dan puan-puan apa salahnya bendera kita (BN) kasi naiklah sikit.
“Ini susah-susah baru minta tolong kita, bendera dah naik pun kita nak kena turunkan, inilah kita baik hati,” demikian antara kata-kata Najib sambil tertawa kecil.
Posted by Kluangman
No comments:
Post a Comment