Warisan terajui pertempuran BN – PH di Sabah
Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju untuk membenarkan Warisan mengetuai pertempuran di negeri itu, menawarkan parti pembangkang yang baru terbentuk itu dengan 60% bilangan kerusi negeri, sebagai balasan bagi 60% kerusi Parlimen negeri.
Tawaran itu dibuat kepada parti pembangkang hari ini bersama tarikh akhir untuk menyelesaikan rundingan kerusi sebelum akhir bulan, kata Timbalan Pengerusi PH Sabah dan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
Guan Eng umum elaun RM4.11 juta untuk 1,157 pegawai masjid
GEORGE TOWN, 25 JAN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian elaun bulanan kepada 1,157 pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun tahun ini.
Insentif yang dianggarkan berjumlah hampir RM4.11 juta itu menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng bakal memberi manfaat kepada 406 imam, 365 bilal dan 386 siak.
“70 peratus peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya kepada pemberita di Komtar.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, masing-masing imam, bilal dan siak akan menerima elaun sebanyak RM850, RM324 dan RM360 sebulan.
Beliau tidak menolak kemungkinan pemberian itu akan dipolitikkan pihak pembangkang di negeri itu yang sering memainkan sentimen perkauman sempit.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
No comments:
Post a Comment