Pages

Tuesday, 30 January 2018

[Video J'kuasa khas dibentuk tentukan kerusi HARAPAN di S'gor- Dr M] SPRM wajar siasat projek laluan basikal DBKL, kata MP Segambut.

Selasa, 30 Januari 2018

SPRM wajar siasat projek laluan basikal DBKL, kata MP Segambut

SPRM wajar siasat projek laluan basikal DBKL, kata MP Segambut

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar membuat siasatan ke atas projek pembahagi jalan lorong basikal di tengah-tengah ibu kota oleh Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL).
Kata beliau, telah menular di portal-portal berita tentang pembahagi jalan yang telah dipasang di lorong basikal sepanjang 6km di tengah-tengah ibu kota membahayakan nyawa ribuan penunggang motosikal.
“Sekurang-kurangnya seorang penunggang motosikal dilaporkan telah terbabas dan cedera akibat pembahagi getah berstandard antarabangsa itu.
“Pembahagi itu telah pun ditanggalkan selepas hanya dua hari dipasang, ekoran aduan bertalu-talu di media sosial dan juga di akhbar-akhbar,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Lim, DBKL telah membelanjakan RM4 juta untuk mengecat lorong basikal sejauh 6km di tepi jalan sedia ada dengan warna biru selain memasang pembahagi pembunuh tersebut, dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di ibu kota menjelang tahun 2020.
Ini bermakna kata beliau, bagi setiap 1km, sebanyak RM666,666.67 dibelanjakan untuk mengecat dan memasang pembahagi ‘bodoh’ itu.
“Kini DBKL perlu memberi penjelasan kepada orang ramai, berapa pula jumlah tambahan dana awam yang terpaksa dibelanjakan untuk menanggalkan pembahagi tersebut.
“Sebagai satu amalan urus tadbir yang baik, DBKL patut mendedahkan siapa yang membuat keputusan untuk menggunakan pembahagi terbabit, dan adakah individu tersebut telah diambil tindakan bagi ideanya yang mengarut, berbahaya, mahal dan membazir ini?
“Persoalan bernilai RM4 juta sekarang juga ialah, adakah projek laluan basikal sejauh 6km ini dijalankan secara tender terbuka?” soal peguam DAP itu.
Tidak dinafikan bahawa orang ramai patut digalakkan mengguna kenderaan yang mesra alam dan lebih giat bersenam. Berbasikal pastinya salah satu cara yang paling ideal, tambahnya.
“Namun berbasikal ke tempat kerja adalah sangat tidak masuk akal ekoran cuaca Malaysia yang panas dan lembap, terutamanya di Kuala Lumpur, tidak kiralah berapa jauh pun laluan basikal yang diwujudkan.
“Mana ada orang yang boleh tahan bermandi peluh berbasikal di ibu kota untuk pergi ke tempat kerja dan mesyuarat.
“Tambahan pula, ibu kota sudah ketandusan pohon-pohon yang rendang mahupun tempat berteduh akibat pembangunan melampau,” katanya.
Isu keselamatan juga kata beliau, adalah satu lagi faktor utama yang tidak menggalakkan orang ramai berbasikal dengan aman tenteram di Kuala Lumpur, akibat sistem jalanraya yang serabut dan lampu jalan yang kerap rosak.
“Pihak berkuasa sepatutnya menumpukan usaha untuk menjadikan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti riadah utama, daripada menjadikannya sebagai pilihan pengangkutan utama untuk pergi ke tempat kerja.
“Dana awam tidak boleh lagi dibazirkan untuk idea yang tidak praktikal dan bersifat utopia ini,” katanya.
MD.

No comments:

Post a Comment