Pages

Monday, 15 January 2018

[Video Keluarga Saya 'Umno Totok Bangga' Zaman Mahathir Tapi Malu 'Umno Penyamun' Era Najib] 'Perpaduan Penyamun' Mereka hanya bela perasuah? Perdamaian Anwar-Mahathir, muafakat pembangkang, mimpi ngeri buat UmnoBN.

Selasa, 16 Januari 2018

Image result for Umno Najib penyamun
Image result for Umno Najib penyamun
Saya pon nak tanya : Siapa dia Penyamun, Penjenayah, Pencuri, Penipu, Pembohong, Perasuah dan Perompak wang Rakyat? Jawab nya BN juga!

*Rujuk 'Umno Celaka'. 

GEORGE TOWN, 29 April ― Sebuah mahkamah sesyen di sini membebaskan dan melepaskan wakil rakyat DAP, RSN Rayer, daripada tuduhan menghasut ekoran kenyataan “Umno celaka” beliau.

Hakim Roslan Hamid menjelaskan bahawa pihak pendakwaa telah gagal membuktikan kes “prima facie” terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima itu.
themalaymailonline.


Perdamaian Anwar-Mahathir, muafakat pembangkang, mimpi ngeri buat BN

Perdamaian Anwar-Mahathir, muafakat pembangkang, mimpi ngeri buat BN

Ketua Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan (PH), Howard Lee Chuan How berkata, perdamaian antara Anwar dan Mahathir, muafakat pihak pembangkang, kerjasama dan kesediaan untuk membentuk kerajaan merupakan mimpi ngeri buat Umno-BN.
Jika bukan kata beliau, mengapa tiba-tiba terdapat usaha mahu mendiamkan Anwar Ibrahim dan kenapa pula diancam mereka yang menyampaikan mesej Anwar kepada rakyat Malaysia?
“Mengapakan sikap menggelabah dan rasa tak selamat ini secara tidak semena-mena, tambah pula datang daripada Menteri, Nur Jazlan yang suka main selamat, pemain politik yang lazimnya defensif dalam Umno?
“Adakah semua ini tanda yang Umno semakin tertekan dengan pendamaian Anwar dan Mahathir? Apakah petanda tekanan dalaman Umno kian terdedah setelah mimpi ngeri mereka menjadi kenyataan?” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau, helah basi Umno untuk menggoda Pas, walaupun secara taktiknya berjaya, namun secara strateginya ia adalah kegagalan.
“Mereka tidak boleh menendang keluar Pas dari kamar, kerana mereka memerlukan setiap undi yang masih mereka boleh selamatkan lantaran Bersatu telah membelasah mereka sehingga koma.
“Inilah perang Najib dan Umno sehingga darah terakhir, dalam kes Najib, kekalahan adalah lebih parah daripada mati,” kata Adun Pasir Pinji itu.
Katanya lagi, tokoh terbesar dalam sejarah moden Umno, bersatu tenaga bukan untuk merampas kembali Umno daripada Najib dalam keadaannya yang paling lemah, tetapi untuk memusnahkannya selama-lamanya.
“Mungkin itulah sebab Nur Jazlan dan orang sepertinya menggelabah.
Dengan gandingan Anwar-Mahathir, rakyat Malaysia terutamanya Melayu kini bersedia untuk perubahan, kata Setiausaha Antarabangsa Dapsy itu.
MD.

No comments:

Post a Comment