Rabu, 17 Januari 2018
Sempadan semula bukti SPR kini benar-benar jadi komponen BN
Gambaran kartunis Zunar terhadap tindakan SPR yang memberikan talian hayat kepada kerajaan BN. Dipetik dari facebook Zunar.
Notis kedua persempadanan kawasan pilihan raya yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor sangat jelas mahu membantu Umno mengambil alih tujuh kerusi negeri yang diperlukan Barisan Nasional (BN) untuk menang di Selangor.
Ia membenarkan tohmahan pelbagai pihak sebelum ini bahawa SPR sudah menjadi salah satu komponen BN dan kerjanya kini memberikan talian hayat kepadanya menjelang pilihan raya umum ke 14 (PRU 14).
Menurut kajian yang dibuat oleh Dr Ong Kian Ming, enam kerusi itu adalah Ijok, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka (ditukar nama kepada Pandan Indah), Morib dan Sijangkang.
Lima darinya adalah kerusi yang dimenangi Pas sebelum ini manakala Ijok dimenangi PKR.
Ia dilakukan dengan mengeluarkan pengundi Cina dan memasukkan pengundi Melayu ke kawasan berkenaan.
“Bagi Pas mungkin ia menguntungkan selepas pengundi Cina tidak lagi bersama parti itu tetapi bagi PH, ia satu usaha untuk mengekang kemaraannya ke Putrajaya dan mengekalkan kerajaan negeri Selangor,” kata seorang penganalisis.
Dalam PRU 13, BN mendapat 12 kerusi negeri. Tindakan ini pada dasarnya akan membolehkan BN mendapat 19 kerusi dari 56 kerusi negeri di Selangor jika cara pengundian PRU 13 kekal.
Satu lagi kerusi iaitu Bukit Antarabangsa yang dimenangi oleh menteri besar, Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula ditambah pengundi Cina.
Ini dibuat dengan andaian Azmin tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina selepas dilihat mahu berbaik-baik dengan Pas sebelum ini, kata penganalisis itu yang tidak mahu dinamakan.
Di sini, pengundi Melayu telah dikurangkan kepada 41.6% dari 57.1% semasa PRU 13 lalu.
Pengundi Cina pula dinaikkan dari 35.6% kepada 50.5% menjadikan kawasan ini kini bermajoritikan pengundi Cina, kata Ong Kian Ming (gambar).
Apa yang dilakukan SPR di Bukit Antarabangsa dikatakan menimbulkan kemarahan kepada MB Selangor.
Kerusi Chempaka yang dimenangi oleh Exco Selangor yang juga naib presiden Pas, Iskandar Samad dengan majoriti 9,608 kini ditukar nama kepada Pandan Indah selepas dimasukkan pengundi Melayu.
Dari hanya 53% pengundi Melayu, kini menjadi 61.7% pengundi Melayu.
Pengundi Cina pula dikurangkan dari 38.6% kepada 30.3%.
Dua kerusi negeri yang kini diwakili AMANAH, Hulu Klang dan Morib, juga teruk dikerjakan oleh SPR yang sudah dianggap salah satu komponen Barisan Nasional (BN) kini.
Di Hulung Klang, pengundi Melayu dinaikkan dari 80.8% kepada 86.6% manakala pengundi Cina dikurangkan dari 14.1% kepada 8.5%.
Kerusi ini dimenangi oleh Saari Sungib yang kini menyertai AMANAH. Beliau menang dengan majoriti 2,881 dalam PRU 13 lalu.
Di Morib, pengundi Melayu dinaikkan dari 62.5% kepada 73.4%, kenaikan 10.9%.
Pengundi Cina pula diturunkan dari 20.8% kepada hanya 11.2%.
Dalam PRU 13 lalu, calon Pas yang kini menyertai AMANAH Hasnul Baharudin menang dengan majoriti 2,942.
MD.
Terima kasih banyak kepada teman aku yang ada di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bisa kenal nama nya Mbah Suro. waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di SINGAPURA hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap tapi itu tidak ada hasil sama sekali. Mana lagi dapat majikanku galak, kejam, cerewet, salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh nya saja . . itu pun tidak cukup biaya mamaku di kampung. Tapi saya beranikan diri telpon langsung nomor Whatsapp beliau +6282354640471 untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Aku sudah berada di kampung halamanku buka usaha sekarang. jika teman minat ingin kenal sama beliau . ini nomor Whatsapp nya +6282354640471 Karna beliau juga bisa bantu seperti Anka Ritual Togel 3D/4D/5D/6D. Pelet. Penglaris Usaha. Dll
ReplyDeleteTerima kasih banyak kepada teman aku yang ada di Singapura ..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bisa kenal nama nya Mbah Suro. waktu itu setelah pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jadi Tkw di SINGAPURA hanya jeritan batin dan tetes air mata selalu menharap tapi itu tidak ada hasil sama sekali. Mana lagi dapat majikanku galak, kejam, cerewet, salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh nya saja . . itu pun tidak cukup biaya mamaku di kampung. Tapi saya beranikan diri telpon langsung nomor Whatsapp beliau +6282354640471 untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Aku sudah berada di kampung halamanku buka usaha sekarang. jika teman minat ingin kenal sama beliau . ini nomor Whatsapp nya +6282354640471 Karna beliau juga bisa bantu seperti Anka Ritual Togel 3D/4D/5D/6D. Pelet. Penglaris Usaha. Dll
ReplyDelete