Pages

Monday 1 January 2018

[Video Najib-Hadi bincang rampas Selangor & PAS Tekad Rampas S'gor-Sudah Kuat Sangatkah?] Straits Times: Hadi-Najib hampir SETIAP HARI telefon rancang Kerjasama Pas-Umno? Yang kami tahu anta (Tuan Ibrahim) dan geng “busuk” sokmo, kata Hanipa.

Selasa, 2 Januari 2018


Friday, August 25, 2017


Straits Times: Hadi-Najib hampir SETIAP HARI telefon rancang Kerjasama PAS-UMNO

PRESIDEN PAS PERLU PERJELAS LAPORAN STRAITS TIMES MENGENAI KERJASAMA DENGAN UMNO RAMPAS SELANGOR, PERBEZAAN PENDAPAT DALAM KEADILAN PERLU DISELESAIKAN SECARA MUKTAMAD

Saya merujuk kepada laporan Shanon Teoh (Ketua Biro akhbar Straits Times di Kuala Lumpur) yang disiarkan hari ini bertajuk “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister”.

Laporan itu dengan secara jelas menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Bahawa Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS berhubung dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri “hampir setiap hari sejak beberapa bulan”mengenai rancangan kerjasama PAS-Umno untuk merampas negeri Selangor

2. Bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama ini dan telah dilihat mengunjungi pejabat Dato’ Seri Najib beberapa kali.

3. Dato’ Seri Najib kerap bercakap dengan Dato’ Seri Hadi melalui telefontermasuk semasa Dato’ Seri Hadi sedang berehat selepas menjalani rawatan pembedahan dalam bulan Mei lalu

4. Satu dari perancangan ialah supaya PAS bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan

Ini adalah satu laporan yang membawa tuduhan berat kepada kredibiliti PAS dan Dato’ Seri Hadi sendiri. Saya faham bagaimana wartawan kanan seperti Shanon begitu teliti dengan etika kewartawanan dan hanya akan menulis laporan sebegini selepas bercakap dengan sumber-sumber sahih yang dekat dengan kedua-dua pimpinan PAS dan Umno itu.

Oleh yang demikian, saya meminta supaya Dato’ Seri Hadi membuat penjelasan segera mengenai laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat KEADILAN dan PH. Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Dato’ Seri Najib di telefon).

Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik PAS sebelum ini.

Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian KEADILAN mengenai kerjasama dengan PAS dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa

Orang lain paling kurang pernah harum dan manis, kata Hanipa

Ahli Jawatankuasa AMANAH, Hanipa Maidin berkata, ada pemimpin kanan parti suci yang semua tahu agak kecewa dengan keluarnya sahabat beliau Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sekeluarga daripada parti suci cuba menyembunyikan kekecewaan beliau itu dengan madah berhelah.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan tindakan YB Pokok Sena keluar Pas itu seperti buah harum manis yang apabila telah busuk akan gugur sendiri.
Semalam, Mahfuz mengisytiharkan dirinya keluar Pas berkuatkuasa jam 11.56 malam sempena sambutan tahun baharu 2018.
Kata Hanipa, maka diwiridkanlah jika harum manis sudah busuk, ia akan jatuh sendiri dan pada masa itu sekupang pun orang tak mahu beli.
“Diibaratkan juga YB Pokok Sena tu macam ayam betina, bila bertelur riuh sekampung sebab ia terkejut sendiri. Katanya, tiada orang peduli kecuali yang jenis ayam juga,” tulis Ahli Parlimen Sepang itu dalam Facebooknya.
Sehubungan itu beliau telah memberikan komen-komen beliau.
“Bila anta kata seseorang itu harum manis sebelum busuk, paling kurang dia pernah juga orang hidu harum dan orang rasa manis ya sheikh. Yang anta dengan geng anta tu harum pun tak pernah, manis jauh sekali, bukankah lagi teruk? Yang kami tahu anta dan geng “busuk” sokmo.
“Jika YB Pokok Sena keluar parti suci ibarat ayam betina yang bertelur dan kecoh dan yang ambil peduli hanya ayam juga, sahlah anta lah ayam tu.
“Bukankan bila anta komen menunjukkan anta tu ambil peduli ya sheikh. Dalam parti anta pun ada orang yang amat rapat dengan pemimpin tertinggi dan dipanggil juga dengan gelaran ayam, janganlah komen anta menyebabkan dia pedih dan terasa pulak. Dia suci dan tak bersalah ya sheikh.
“Katakanlah satu Malaya kecoh sebab “ayam betina” bertelur, kekecohan itu sebab dia bertelur emas..tu yang jadi rebutan ramai.
“Yang tak jadi rebutan adalah yang jenis ayam jantan yang dah lah tak bertelur, tua bangka pulak tu, lepas tu suka pulak berkubang dengan spesis haiwan yang suka benda-benda kotor pulak tu..mana lah ada orang minat..orang tunggu nak sembelih je ya sheikh!” sindir beliau.
MD.

No comments:

Post a Comment