Pages

Monday 29 January 2018

[Video Pembohongan Najib dan menteri2nya dalam Skandal 1MDB & Mana duit 2.6 Billion] Pemandu teksi, operator bas sekolah P. Pinang terus nikmati insentif tahunan.

Selasa, 30 Januari 2018


Pemandu teksi, operator bas sekolah P. Pinang terus nikmati insentif tahunan


Sekitar 1,702 pemandu teksi dan operator bas sekolah di Pulau Pinang terus menikmati insentif tahunan sebanyak RM600 daripada kerajaan Pakatan Harapan sebagai penghargaan kepada golongan tersebut.
Pada tahun ini, sebanyak RM899,700 diperuntukkan bagi pemberian tersebut dengan pemberian insentif bahagian pertama sebanyak RM300.
Berucap dalam majlis pemberian insentif berkenaan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, insentif ini merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada semua pemandu teksi dan operator bas sekolah atas dedikasi yang telah dicurahkan kepada rakyat.
“Kita (Kerajaan Negeri) tahu hargai pemandu teksi dan operator bas sekolah bukan hanya dengan ucapan terima kasih sahaja, tetapi dengan pemberian (insentif) wang.
“Pemandu-pemandu teksi seluruh Malaysia tahu bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang sahaja yang memberikan insentif ini, langkah ini wajar diikuti mereka (Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri lain).
“Tanpa pemandu teksi, sektor pelancongan takkan membangun, kita kena pandai kenang jasa pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah,” kata Setiausaha Agung DAP itu lapor Buletin Mutiara.


No comments:

Post a Comment