Pages

Sunday, 28 January 2018

[Video Siti Hasmah berdoa agar perjuangan Mahathir selesai] TERIMA KASIH KU LI, 5 tahun Najib jadi PM tanpa HAK MORAL rupanya...Tidak malukah Najib?

Ahad, 28 Januari 2018

Dr Mahathir dan Ku Li jadi tarikan di majlis kenduri kahwin
Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah dilihat berbual mesra ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Zahid Mat Arip yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 27 Januari, 2018.

TERIMA KASIH KU LI, LIMA TAHUN NAJIB MENJADI PM TANPA HAK MORAL RUPANYA....


Berkata tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, pihak yang tidak mendapat undi popular dalam pilihanraya bermakna kekurangan hak moral untuk memerintah negara, walaupun menguasai majoriti kerusi.

Kata beliau, selain mendapat hak memerintah secara fizikal melalui jumlah kerusi, parti yang memerintah juga perlu memiliki hak moral.

"Jika pilihanraya dijalankan berdasarkan prinsip kemenangan melalui 'first past the post', parti politik yang tidak memiliki undi popular, tetapi mempunyai majoriti kerusi, mereka akan sentiasa berada dalam keadaan sukar.

"Mereka boleh dianggap kekurangan hak moral untuk memimpin", katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Dalam PRU 2013 lalu, meskipun BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat, tetapi undi popular yang diraihnya cuma 47 peratus saja.

Pakatan Rakyat, di sebalik hanya mendapat 89 kerusi Parlimen, namun mengungguli undi popular rakyat  sebanyak 52 peratus.

Berdasarkan apa yang ditegaskan oleh Ku Li itu, bermakna Najib Razak telah memimpin negara ini sejak 2013 lalu tanpa hak moral yang sewajarnya.

Najib hanya memerintah berdasarkan kerusi fizikal, namun sokongan moral rakyat langsung tidak memihak kepadanya.

Tidak malukah Najib?

Tidak malukah juga kita dipimpin oleh pemimpin dan parti yang tiada hak moral seperti itu?

Dengan dipimpin oleh pemimpin dan parti yang tiada hak moral selama lima tahun ini sehingga tidak henti-henti timbul pelbagai kekalutan dalam negara, tentu ia dengan sendirinya membulatkan tekad kita semua untuk menyingkirkan Najib, UMNO dan BN secara fizikal pula dalam pilihanraya akan datang ini.

Najib sudah disingkirkan secara moral, tidak sukar lagi menyingkirkannya secara fizikal.

Terima kasih Ku Li kerana menyuluhkan jalan yang sudah semakin terang buat rakyat membuat pilihan. (ShahbudinHusin 28/01/2018)

No comments:

Post a Comment