Sebagai tanda protes, bendera BN digantung terbalik oleh Ahli UMNO Kedah
TUN 2013 TUN 2018 APA BEZANYA (?)
Tun turun padang kempen PRU 2013 untuk BN termasuk di Puterajaya sehingga Husam kalah dan Ku Nan menang.
Tun akan turun padang sekali lagi 2018 di PRU14 tetapi kali untuk menentang BN termasuk keberangkalian bertanding du Puterajaya.
Pada 2013, tidak pula dengar Tun sudah tua, berehat, duduk diam mahakutty dan macam² lagi..berbeza dengan sekarang...
Sebab itu lah umno yang kuat temberang, berbohong, hipokrik sudah tidak boleh lagi dikekalkan.
Posted by Kluangman
#MSONews : TIGA CALON IMPORT PAS BAKAL JADI MENTERI?
#MSONews : TIGA CALON IMPORT BAKAL JADI MENTERI?
Tiga tokoh “ulama” Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dan Nasaruddin Hassan disebut-sebut akan dibawa oleh Pas untuk bertanding di kerusi parlimen di Kelantan.
Ketiga-tiga nama mereka terdapat dalam senarai awal calon Pas yang telah bolos. Memandangkan Pas diberitakan ada harapan untuk membentuk kerajaan, pembawaan mereka ke Kelantan dianggap sebagai kerusi selamat bagi persiapan untuk dilantik menjadi menteri.
Tuan Ibrahim disenaraikan untuk bertanding di parlimen Kubang Kerian sebagai mengganti Ahamd Baihaki Atiqullah yang tiada dalam senarai. Baikai dikaitkan sebagai bakal bertanding atas tikit parti lain.
Nik Zawawi pula diletakkan untuk bertanding di parlimen Pasir Puteh. Khabarnya Setiausaha Majlis Syura Ulama ini sudah beberapa kali turun ke Pasir Puteh. Jika beliau dicagarkan Pas bertanding di situ, Nik Zawawi bakal berentap dengan “ulama’ muda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Manakala Nasaruddin Hassan pula akan meninggalkan kerusi Temerloh disenaraikan akan diletak bertanding di kerusi parlimen Bachok, wakil Bachok sebelum ini berpindah ke kerusi Dun.
Jika Nasaruddin diletakkan di Bachok bermakna pengundi Bachok disogokkan dengan seorang lagi calon luar Pas yang namanya berakhir dengan “Din”. Sebelum ini bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin pernah dicagar oleh Pas bertanding di Bachok dan beliau menang. Bersambung lewat petang nanti dengan senarai muka baru calon Pas. Trims.
#MSONews : PAS GUGUR 10 WAKIL RAKYAT TERMASUK DUA AHLI PARLIMEN
Daripada senarai calon Pas yang bolos, mencatatkan sekurang-kurang sembilan (11) orang wakil rakyat tidak terdapat dalam senarai awal ini membayangkan mereka akan digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang.
Dari jumlah itu tiga wakil rakyat wanita termasuk seorang Exco, manakala selebihnya lelaki. Daripada lapan (8) wakil rakyat lelaki itu dua dikaitkan sebagai orang kuat Husam Musa semasa Adun Salor itu dalam Pas dahulu.
Secara terus terang nama-nama wakil rakyat yang tidak ada dalam senarai berkenaan, atau ditulis dengan perkataan “digugurkan” ialah:
1. Zaki Ibrahim (Kelaboran).
2. Abdul Latif Abdul Rahman (Mengkebang).
3. Abdul Aziz Kadir (Jelawat).
4. Abdul Rasul Mohamad (Bukit Tuku).
5. Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok).
6. Muhamad Awang (Gual Periok).
7. Muntaz Md Nawi (Demit).
8. Wan Ubaidah Wan Omar (Kijang).
9. Rohani Ibrahim (Tanjung Mas).
10. Nik Mazian Nik Mohamed (Parlimen Pasir Puteh).
11. Ahmad Baihaki Athqullah (Parlimen Kubang Kerian).
2. Abdul Latif Abdul Rahman (Mengkebang).
3. Abdul Aziz Kadir (Jelawat).
4. Abdul Rasul Mohamad (Bukit Tuku).
5. Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok).
6. Muhamad Awang (Gual Periok).
7. Muntaz Md Nawi (Demit).
8. Wan Ubaidah Wan Omar (Kijang).
9. Rohani Ibrahim (Tanjung Mas).
10. Nik Mazian Nik Mohamed (Parlimen Pasir Puteh).
11. Ahmad Baihaki Athqullah (Parlimen Kubang Kerian).
Nama-nama yang dicadangkan untuk mengganti wakil rakyat berkenaan juga disenaraikan. Ia akan didedahkan dalam laporan seterusnya. Tunggu!
Meneliti senarai calon itu apa mengejutkan apabila nama Muntaz Md Nawi yang juga anggota Exco turut sama ditulis sebagai digugurkan.
Kedudukan Zaki Ibrahim sudah diduga awal-awal, namun ketidaan Abdul Latif Abdul Rahman memeranjatkan. Bersambung. Trims.
KedahLanie.
No comments:
Post a Comment