Pages

Thursday 8 February 2018

[Video 2 Kabinet Versi Hadi Bersama Dr Aziz Bari dan Ustaz Wan Ji] RAKYAT kena bersangka baik atau Najib perlu BERPERANGAI BAIK? Bolehkah kita bersangka baik skandal lembu NFC, 1MDB, Jho Low & mana perginya wang GST?

Jumaat, 9 Februari 2018

Image may contain: 2 people, people smiling, meme and text
Tumpang sekole.

RAKYAT KENA BERSANGKA BAIK ATAU NAJIB PERLU "BERPERANGAI BAIK"?


Kata seorang ulama muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya, semua pihak harus bersangka baik kepada Najib Razak berhubung lawatan ke Makam Rasulullah di Madinah, baru-baru ini.

“Isu ini sangat kecil dan tak perlu diperbesarkan. Ia hanya tertumpu kepada penggunaan perkataan yang boleh diberikan tafsiran yang pelbagai.

“Kesilapan manusiawi adalah satu hal normal. Moga Allah mengampuni kita semua,” kata Fathul Bari yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Justeru, tambah beliau, dalam soal ini, semua pihak perlu bersangka baik dan tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat kepada Najib.
Sebetulnya dalam isu ini bukan soal bersangka baik atau tidak, tetapi kesalahan awal berpunca daripada Najib sendiri yang tidak “berperangai baik” sekembalinya daripada melakukan umrah dan menziarahi Makam Rasulullah di Madinah.
Seharusnya beliau hanya menjadikan amalan umrah dan kunjungan ke Makam Rasulullah itu sebagai salah satu ibadah peribadi dan tanda kehambaannya  sebagai seorang umat Islam kepada Allah.

Siapa pun kita, baik orang biasa atau Perdana Menteri, di sisi Allah, semua kita adalah sama dan kelebihan hanya kepada mereka yang lebih bertawqa saja.

Untuk itu, Najib tidak harus menjadikan ibadah umrah dan kunjungannya ke Makam Rasulullah sebagai modal politik dan untuk  berbangga-bangga dengan menyebutnya dalam ucapan terbuka seolah-olah beliau seorang yang sangat istimewa.

Isu ini hanya menjadi isu besar kerana kesilapan Najib sendiri. Beliau gagal "berperangai baik".
Beliau nampaknya begitu terdesak untuk meraih sokongan sehingga kunjungan ke Mekah dan Madinah pun mahu dijadikan modal untuk menang pilihanraya dan mendapatkan undi.

Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi misalnya, mereka juga beberapa kali menunaikan umrah dan ke Madinah, tetapi tidak pernah sekali pun mereka menjaja pemergian itu dalam ucapan kepada umum, apalagi untuk tujuan meraih undi serta sokongan.

Tidak ada masalah bagi rakyat untuk bersangka baik jika Najib seotang yang "berperangai baik"  juga.

Tetapi, terlalu bersangka baik atau bersangka baik dalam semua perkara pun tidak begitu baik dan boleh menimbulkan masalah lain pula.

Bolehkah kita bersangka baik dengan skandal 1MDB?
Bolehkah kita bersangka baik dengan persahabatan Najib dan Jho Low?

Bolehkah kita bersangka baik dengan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi Najib? 

Bolehkah kita bersangka baik dengan Rosmah yang bermewah dan memakai perhiasan berjuta-juta di tubuh badannya?

Bolehkah kita bersangka baik dengan Riza Aziz yang menghasilkan filem separuh porno bahawa beliau menerima hadiah tanpa balasan daripada seorang pelabur Timur Tengah untuk rnenjadi penerbit di Hollywood?

Bolehkah kita bersangka baik skandal lembu NFC?

Bolehkah kita bersangka baik ke mana perginya wang GST?
Bolehkah kita bersangka baik dengan Najib sebagai pemimpin yang lebih baik sedangkan lidahnya tergamak mengeluarkan perkataan seperti "bangang", "haramjadah" dan "kepala bapak kau" secara terbuka?

Bolehkah kita bersangka baik dengan Bank Negara yang membeli tanah pada harga pasaran bernilai RM2 bilion daripada kerajaan?

Ahhh... terlalu banyak dan tak terhitung kalau kita mahu bersangka baik dalam era Najib ini.

Tapi, wajarkah kita bersikap sebegitu dan adakah ia sikap yang betul?

Kepada Fathul Bari, sebelum meminta rakyat bersangka baik kepada Najib, dengan ilmu agama yang ada padanya, beliau sepatutnya ada sedikit keberanian untuk meminta Najib "berperangai baik" sebagai pemimpin terlebih dahulu.
Jika Najib "berperangai baik" secara sewajarnya sebagai pemimpin terlebih dahulu atau sejak dulu lagi dan tidak memperalatkan agama atau ziarahnya ke Makam Rasulullah untuk kepentingan politik, rasanya tidak timbul masalah bagi rakyat untuk bersangka baik dengannya, bukan saja dalam soal ziarah itu, malah dalam perkara-perkara yang lain juga. (ShahbudinHusin 08/02/2018).

No comments:

Post a Comment