Pages

Wednesday, 14 February 2018

[Video Benarkah ada PENIPUAN DIVIDEN Tabung Haji kepada pencarum?] Hubungan sulit Israel dan kerajaan Malaysia? Nampaknya depa tak kan jawab sapa yg benarkan David Roet masuk Malaysia.

Khamis, 15 Februari 2018

Israeli diplomats make pioneering visit to Malaysia.
Hubungan sulit Israel dan kerajaan Malaysia?
David Roet, bekas timbalan Duta Israel ke PBB merupakan wakil rasmi pertama negara Israel yang kami ketahui dibenarkan masuk ke Malaysia secara rasmi. 
Beliau diberitakan ke Malaysia menghadiri sidang UN- HABITAT Forum tentang isu penempatan semula. Perlu diingatkan bahawa Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel dan rakyat Malaysia tidak dibenarkan pergi ke Israel. 
Akhbar negara itu,  'The Times of Israel' melaporkan turut bersama rombongan tersebut ialah bekas menteri Israel dan beberapa pegawai dari kementerian luar Israel. 
Akhbar tersebut juga mengalu-alukan perdagangan 'ber-profil rendah' yang sedang berkembang pesat di antara Israel dan Malaysia yang kini bernilai lebih kurang RM 6 billion. 
Pihak Israel kelihatan amat gembira dengan sikap terbuka dan bermurah hati kerajaan Malaysia. 
Ramai rakyat Islam terkejut dan amat berduka-cita tentang perkembangan terbaharu ini yang tidak diumumkan kepada rakyat jelata. 
Sejak bila kerajaan Malaysia membenarkan pegawai tertinggi Israel memasuki negara kita? 
Adakah kita sudah menggadai maruah umat Islam dalam peristiwa negara Israel ini kerana wang dan perdagangan semata-mata? 

Nampaknya depa tak kan jawab sapa yg benarkan David Roet masuk Malaysia 
Adakah Malaysia telah menjalinkan hubungan sulit dengan Israel? Apa jua yang sebenarnya, kita minta kerajaan hentikan sandiwara lakonan anti-Israel di khalayak ramai tetapi berbaik-baik secara sulit. 
Najib Razak lambat membuat kenyataan mengecam tindakan Amerika memindah kedutaannya ke Baitul Maqdis dan Malaysia kelihatan tidak bersungguh-sungguh mengutuk perbuatan tersebut. Tindakan membenarkan pegawai tertinggi lsrael memasuki Malaysia dan juga pegawai kita bertemu dengan pegawai Israel di Malaysia seperti dilaporkan dengan bangga oleh akhbar Israel adalah suatu pengkhianatan besar kepada rakyat Palestin dan juga Malaysia. 
Datuk Seri Najib perlu menjawab secara rasmi dan berterus-terang tentang isu ini segera!  
Najib tak ganjak walau badan dikerat, daging tinggal seketul Ni semua LAKONAN SAJA... 
Sementara iu,pembangkang meminta penjelasan kerajaan terutama imigresen, dan Menteri Dalam Negeri berhubung dakwaan kemasukan delegasi diplomat kanan Israel ke Malaysia menyertai program World Urban Forum (WUF), semalam. 
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera memberikan penjelasan sama ada benar atau tidak dakwaan delegasi diplomat Israel telah dibenarkan masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport Israel.  
"Jika benar, siapa yang  memberikan kebenaran untuk mereka masuk? Ini adalah satu hipokrisi atau kemunafikan yang amat besar oleh Putrajaya. "Ia mencabar kepada maruah negara memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan langsung tidak mengiktiraf Israel," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 
Malah, kata Fahmi,  Malaysia sering mengecam rejim Israel yang sentiasa menzalimi rakyat Palestin, lebih-lebih lagi cadangan Presiden Amerika Syarikat untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Jerusalem. - Malaysiakini.
Tumpang sekole.

No comments:

Post a Comment