Tun M dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke wad di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut berkenaan hari ini, Tun Mahathir dimasukkan ke wad biasa atas rawatan jangkitan kuman di dada akibat batuk berpanjangan.
Bekas Perdana Menteri itu akan berada di wad berkenaan untuk beberapa hari untuk rawatan dan penjagaan, kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai tidak dibenarkan menziarahi beliau kecuali ahli keluarga terdekat.
MD.
No comments:
Post a Comment