Pages

Thursday, 15 February 2018

[Video Ekonomi Indonesia Akan Lepasi Malaysia Sebab Presiden Berani Tangkap Perasuah] Najib SEMBANG KENCANG kecam Israel tapi bawa masuk Yahudi-Apco! Apakah keengganan Malaysia untuk bersikap keras terhadap Israel kerana adanya nasihat daripada Apco?

Jumaat, 16 Februari 2018

Related image

Image result for Gambar APCO penasihat malaysia

Image result for Gambar APCO penasihat malaysia
KERAjaan UMNO/BN lantik penasihat yahudi-APCO jaga maruah M'sia ka !
Related image

BUKAN PBB YANG MENJEMPUT ISRAEL DIPERSOAL, TAPI MALAYSIA YANG MEMBERI IZIN MASUK DIPERTIKAI

Menteri Luar Negeri, Anifah Aman mempertahankan kehadiran diplomat Israel untuk menyertai persidangan berkaitan penempatan manusia di negara ini dengan berkata, jemputan itu dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB.

Kata beliau, tiada mana-mana pegawai Malaysia menandatangani surat jemputan kepada Israel, sebaliknya ia dilakukan oleh Pengarah Eksekutif UN-Habibat, agensi penganjur persidangan PBB itu.

Selain itu, tegasnya, antara perjanjian dengan negara penganjur ialah penyertaan dalam persidangan itu hendaklah dibuka kepada semua negara anggota PBB dan mana-mana agensi pengkhususan.
Apa reaksi spontan kita bila membaca penjelasan Anifah ini?

Penjelasan lepas tangan? Sekadar alasan? Atau jawapan tidak cerdik?

Sebenarnya ada dua isu dalam soal kehadiran diplomat Israel ini yang gagal ditangani oleh Anifah dalam penjelasannya.

Pertama, kita tidak mempertikaikan siapa yang menjemput, tetapi mempersoalkan siapa yang memberi keizinan masuk kepada diplomat Israel itu.

Kenapa Malaysia memberi keizinan masuk dan gagal bertegas kepada PBB berkaitan Israel?

Apakah PBB tidak boleh disanggah dan semua keputusannya mesti diakuri tanpa banyak soal oleh negara kita?

Jika begitu, di mana maruah rakyat Malaysia dan kedudukan kita sebagai negara yang berdaulat, bebas dan merdeka?

Kedua, bukankah sudah kerapkali Israel mengingkari ketetapan atau resolusi PBB berkaitan Palestine?

Jadi, mengapa pula Malaysia mesti akur dengan ketetapan PBB bila berdepan dengan Israel yang selalu engkar, degil serta keras kepala terhadap resolusi badan dunia itu?

Tidakkah Israel yang selalu engkar itu mesti diajar dengan sikap keengkaran  juga?
Kenapa Malaysia akhirnya tunduk dan membenarkan kehadiran diplomat Israel itu, di sebalik kita bersama rakyat Palestine dalam perjuangannya?

Apakah keengganan Malaysia untuk bersikap keras terhadap Israel kerana adanya nasihat daripada Apco? (ShahbudinHusin 15/02/2018).

No comments:

Post a Comment