Pages

Monday, 26 February 2018

[Video FELDA KAHANG BARAT-MANIFESTO Khas Untuk Warga FELDA] Sepatutnya Tajuddin Pasir Salak ‘kenang budi’ Mahathir.

Selasa, 27 Februari 2018

Related image


Sepatutnya Tajuddin Pasir Salak ‘kenang budi’ Mahathir


Khabar palsu kononnya Tan Sri Robert Kuok memberi dana kepada DAP mengundang demikian ramai pemimpin UMNO mengecam hartawan terkaya Malaysia itu.
Antara yang galak mengecam ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Ahli Parlimen UMNO Pasir Salak itu memberi amaran kepada Robert supaya tidak menjadi ‘kacang lupakan kulit’.
Amaran Tajuddin itu bagaimana pun mendapat sindirian sinis Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah.
“Tajudin juga wujud zaman Tun Mahathir dahulu, takkan nak pesan kat Tajudin supaya ingat jasa Tun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri masa itu.”
Kenyataan sedemikian katanya menunjukkan tahap pemikiran pemimpin UMNO yang terkebelakang dan takut dengan bayang-bayang sendiri.
Tajuddin dilihat seolah-olah menganggap pihak yang tidak menderma dan tidak menyokong UMNO-BN dianggap tidak mengenang budi.
“Tapi dia (Tajuddin) memilih untuk kekal dalam UMNO, kalau ikut logik Tajuddin, dia sendiri patut ikut Tun lah,” kata Adun Mentakab ketika dihubungi Roketkini.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang itu juga mengingatkan bahawa setiap rakyat Malaysia memiliki hak demokratik untuk menentukan siapa juga pemimpin dan parti politik yang menjadi pilihan.
“Tajudin sepatutnya lebih bersikap profesional, paling penting, tugas kerajaan mestilah memastikan keamanan negara dan kehidupan rakyat terbela dengan segala peluang yang ada.
“Rakyat juga bebas memberi sokongan kepada sesiapa yang mereka suka, asalkan ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak mengkhianati negara,” katanya lagi. – Roketkini.com



No comments:

Post a Comment