MENGAPA MALAYSIA MUDAH TUNDUK KEPADA TEKANAN ISRAEL? MANA NAJIB? MANA ZAHID HAMIDI?
Sebagaimana yang dilaporkan media, kemasukan diplomat Israel ke negara ini bagi menyertai suatu persidangan antarabangsa minggu lalu adalah berikutan negara zionis tersebut menggunakan tekanan diplomatik terhadap Malaysia.
Tekanan itu dikatakan dilakukan oleh Israel melalui pengaruh pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres.
Oleh kerana persidangan yang dianjurkan adalah berkaitan dengan PBB, Malaysia diberitakan ditekan dengan komitmen untuk membenarkan kemasukan semua negara peserta, termasuk Israel.
Soalnya, kenapa Malaysia yang dipimpin oleh Najib Razak begitu mudah tunduk kepada tekanan diplomatik seperti itu?
Apakah tidak boleh Malaysia berkeras dalam soal prinsip berkaitan Islam dan penentangan terhadap keganasan di bumi Palestine dengan tetap menolak kehadiran diplomat Israel?
Perlu sangatkah kehadiran diplomat Israel?
Atau terlalu pentingkah persidangan berkaitan penempatan manusia itu kepada Malaysia sehingga sanggup tunduk kepada tekanan Israel dan mengenepikan perasaan umat Islam dan perjuangan rakyat Palestine?
Di mana sebenarnya nilai suara berdegar-degar dan gegak-gempita Malaysia berkenaan Palestine selama ini?
Yang lebih memilukan, sudah beberapa hari sejak isu ini menjadi bualan rakyat, mengapa Najib dan Zahid Hamidi sebagai dua pemimpin utama kerajaan masih lagi mendiamkan diri?
Kenapa tidak berani berkata sesuatu dengan segera?
Apakah sebagaimana kita bermusuh dengan pengganas komunis, tetapi akhirnya Najib membentangkan "karpet merah" kepada pemerintah komunis China untuk memiliki aset, tanah dan kekayaan di negara kita, tidak mungkin suatu hari nanti hubungan Malaysia dengan Israel juga bakal memasuki fasa yang lebih lunak dan saling berbaik-baik? (ShahbudinHusin 15/02/2018
No comments:
Post a Comment