Pages

Thursday 8 February 2018

[Video Ini strategi Umno nak jahanamkan BERSATU, dakwa Muhyiddin] Apahal ROS mulakan siasatan ke atas Bersatu pula? Kerugian NFC siapa yang hendak jawab?

Khamis, 8 Februari 2018

Related image

Related image

Image result for gAMBAR pARTI ppbm bERSATU
Perhimpunan Agung Tahunan PPBM Mendebarkan Umno.

Jabatan Pendaftar Pertubuhan mulakan siasatan ke atas Bersatu

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memulakan siasatan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung status Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu yang mendapat bantahan anggota parti pembangkang berkenaan.
TimbalanPerdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, memandangkan siasatan itu memerlukan penelitian dokumen yang akan mengambil sedikit masa, ROS telah diminta mempertingkatkan siasatan tersebut.
Kita telah meminta ROS bukan sekadar memulakan siasatan tetapi dapat mempertingkatkan siasatan dan penuhi aduan-aduan berkenaan, katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas gesaan anggota-anggota PPBM yang mahu ROS mempercepatkan siasatan dan mengambil tindakan kerana mereka mendakwa AGM pada Disember lepas tidak sah dan melanggar peraturan perlembagaan parti.
PPBM mengadakan AGM pertama mereka pada 30 Disember lalu.
Semalam, bekas excoAngkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Pusat Mohamad Taufik Abas berkata 1,999 anggota parti itu akan berhimpun di Ibu Pejabat ROS sebagai tanda protes sekiranya masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap parti itu dalam tempoh dua minggu.
Semasa ditanya sama ada ROS boleh menyiapkan siasatan itu dalam tempoh dua minggu, Ahmad Zahid berkata : “Terpulanglah kepada mereka. Saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti pengoperasian mereka (ROS).”
Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata ROS sedang meneliti 249 aduan yang dikemukakan anggota PPBM di seluruh negara terutama berkaitan dakwaan pelanggaran perlembagaan parti itu.
Siasatan awal ROS mendapati 47 daripada keseluruhan aduan berkeaan mempunyai percanggahan dengan perlembagaan dan peraturan parti.
Malaysia Dateline

Kerugian NFC siapa yang hendak jawab?

Kerugian NFC siapa yang hendak jawab?
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan semalam kerana melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) selepas bersalah membocorkan maklumat akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Februari, 2018.

AHLI Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank mungkin bersalah melanggar undang-undang perbankan Malaysia kerana membocorkan maklumat akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), tetapi mereka yang salah mengurus projek itu masih lagi bebas.
Naib presiden PKR itu dan kerani Public Bank Berhad, Johari Mohamad dihukum penjara 30 bulan semalam kerana melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia). Mereka kini merayu hukuman berkenaan.
Seluruh episod itu kini jadi bahan ketawa tetapi yang ternampak bodohnya ialah kita – rakyat Malaysia.
Sejumlah RM250 juta hangus kerana projek berwawasan besar yang dimulakan ketika pentadbiran Abdullah, kononnya untuk keselamatan makanan dengan menternak lembu bagi bekalan daging, tetapi tiada siapa pun yang dipertanggungjawabkan.
Seorang pun tidak.
Pada 2011, Rafizi mendedahkan syarikat penternakan lembu negara itu membeli unit kondominium mewah. NFC dimiliki oleh Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.
Laporan Ketua Audit Negara pada 2010 juga sudah menegur kegagalan NFC mencapai sasaran menternak 8,000 ekor lembu di Gemas, Negeri Sembilan, serta membangkitkan salah pengurusannya.
Skandal itu memaksa kerajaan Najib Razak untuk tidak menyambung khidmat Shahrizat sebagai senator pada 2012 menyebabkan beliau gugur jawatan menteri. Beliau sebelum itu kalah di Lembah Pantai pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
Salleh didakwa dengan empat tuduhan menyeleweng sejumlah RM49.7 juta daripada NFC pada tahun yang sama tetapi kemudian dilepas dan dibebaskan daripada semua tuduhan.
Pada November 2016, Rafizi kalah saman fitnah dan diarahkan membayar Salleh dan NFC ganti rugi RM200,000 kerana mendakwa pinjaman bank yang dibuat oleh syarikat itu digunakan untuk membeli kondominium.
Yang bersalah hanyalah Rafizi dan Johari.
Karier politik Shahrizat masih lagi bernyawa. Beliau malah menyatakan hasrat mahu bertanding semula pada PRU yang akan diadakan tidak lama lagi tahun ini. Selebihnya, keluarga pemimpin Wanita Umno itu masih hidup senang.
Bagi NFC pula, ladang ternakannya di Gemas kali terakhir dilihat ada beberapa ekor lembu yang kurus kering – mercu tanda bagaimana dana awam diselewengkan tanpa ada sesiapa pun dipertanggungjawabkan atas skandal tersebut.
Dan kini, sampai bila lagi kita hendak tunggu sehingga ada tindakan diambil terhadap mereka yang membazirkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan negara? – 8 Februari, 2018.
MD.

No comments:

Post a Comment