Pages

Tuesday, 6 February 2018

[Video KANTOI Najib Menipu Isu Makam Nabi Muhammad] Sedap Cakap sendiri CANANG sendiri dabik dada...Bila kantoi tuding kpd rakyat pula.

Selasa, 6 Februari 2018

SEDAP CAKAP SENDIRI CANANG SENDIRI DABIK DADA..BILA KANTOI...NAK TUDING PADA RAKYAT PULA...


Kerana pulut santan binasa..

Jangan lupa teRuskan protes dan hantar tanda tolak BN, tolak umno dengan menolak BRIM dan tawaran haji 1MDB. 
Posted by 

ADAKAH NAJIB BEGITU TERDESAK, APA TUJUANNYA MENUNAIKAN UMRAH DAN ZIARAH?

Barangkali sudah ramai yang menonton video di bawah ini melalui pelbagai media sosial sejak semalam lagi. Namun, perbicaraan rakyat mengenainya masih berterusan sehingga ke hari ini.

Untuk itu, apa kata kita tontonnya sekali lagi  di sini - https://www.facebook.com/AbuSyafiq1/videos/1662533547170418/

Sudah tentu beberapa persoalan akan timbul setelah kita menonton video seperti link di atas.
Apakah Najib berbohong mengenai ziarahnya ke makam Rasulullah?

Apakah tujuannya membesar-besarkan mengenai ziarahnya ke makam Rasulullah itu?

Apakah ziarah itu kerana beliau seorang yang istimewa di sisi Tuhan atau kerana kedudukannya sebagai ketua negara?

Perlukah Najib memberitahu seluruh dunia dan membanggakan dirinya sendiri atas sesuatu amalan kepada Tuhan dengan pertukaran harga yang bersifat keuntungan politik?

Ulama mana yang memberitahu Najib bahawa salam di luar makam hanya melalui malaikat, manakala salam di dalam makam akan sampai "direct" kepada Rasullullah?

Jika sudah begitu sekali Najib membesar-besarkan dan meletakkan dirinya seolah-olah begitu istimewa dalam kunjungannya ke Mekah dan Madinah baru-baru ini, apakah tujuan sebenar beliau pergi ke sana? 

Sudah terdesak sangatkah Najib untuk menang PRU akan datang? (ShahbudinHusin 06/02/2018)

No comments:

Post a Comment