Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali
Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB di Bali.
Aset itu antara dijejak oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.
“Kita sudah memeriksa anak kapal sejak semalam dan kini kita sedang bertindak kerana sudah menerima kelulusan mahkamah untuk merampas bot itu,” kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia.
Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV. -MK

No comments:
Post a Comment