Dapoq kering, dapoq basah Hadi Awang...?
Najib silap besar sasar berpendapatan tinggi
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan kesilapan paling besar apabila memberi tumpuan kepada sasaran berpendapatan tinggi bukannya kuasa beli rakyat yang tinggi.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, sasaran tersebut bukan cara yang berkesan untuk membangunkan negara memandangkan belum tentu menjadikan rakyat kaya.
“Yang penting daya beli wang yang kita ada itu. Adakah dengan kenaikan gaji boleh beli lebih berbanding dahulu?
“Kita mesti mempunyai daya beli yang tinggi. Untuk itu, kita kena tingkatkan produktiviti.
“Dia (Najib) ingat kalau naikkan gaji, orang berjaya. Tidak. Kenaikan gaji tetap akan menaikkan kos. Sebab itu kalau nak naikkan gaji kita kena tentukan produktiviti meningkat,” tegasnya.
Untuk rekod, Najib tahun lalu dilapor berkata, Program Transformasi Negara (PTN) berjaya merapatkan jurang menuju sasaran pendapatan tinggi dan memainkan peranan besar membawa negara keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan seperti dialami pada 2009.
Berbeza dengan pentadbirannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini, Tun Mahathir memberitahu tidak pernah menaikkan gaji penjawat awam begitu tinggi kerana menyedari kesan terhadap kenaikan kos sara hidup.
“Najib naikkan gaji sampai 25 peratus gaji penjawat awam. Saya tidak pernah naikkan (begitu tinggi),” katanya pada Bicara Pimpinan Anak Muda semalam.
Mengulas pelbagai projek mega infrastruktur dilakukan Najib, beliau mengakui terkejut apabila Najib meluluskan kesemua cadangan syarikat Gamuda berhubung projek Transit Aliran Massa (MRT) yang sebelum itu pernah ditunjukkan kepadanya.
“Dia (Najib) selalu tidak cukup duit. Dulu kita boleh buat landasan kapal terbang, Pelabuhan Kelang. Dia hutang macam-macam.
“Jika tidak tahu pengurusan kewangan, kita akan bankrap,” ujar Mahathir sambil menyifatkan Najib mahukan tinggalan yang dapat dikaitkan dengan pentadbirannya.
Beliau berkata, amalan pentadbirannya sebelum ini hanya berbelanja mengikut kemampuan berbeza dengan Najib yang mahu melakukan pelbagai projek sehingga sanggup berhutang.
“Saya ini secara peribadi memang kedekut. Bila saya belanjakan duit, belanjakan setakat yang kita mampu. Setakat yang ada duit kita buat. Tapi kalau tiada duit, hutang, itulah cara Najib. Dia nak buat semua,” tambahnya.
Calon Perdana Menteri PH itu bagaimanapun mengakui projek kilang besi Perwaja Steel sebelum ini mengalami kerugian tetapi menganggap hal tersebut sebagai lumrah perniagaan.
“Ya. Rugi. Perniagaan ada untung, ada rugi. Proton satu masa ada rizab RM400 juta tapi apabila bertukar pengurusan, hilang semua dah. Satu sen pun tak tinggal.
“Kita dulu bangunkan negara ini sampai dunia panggil Malaysia ini sebagai Asian Tiger,” ujar Pengerusi Bersatu itu lagi.
MD.
No comments:
Post a Comment