Hipotesis Mukhriz ada usaha RoS-SPRM ke arah kuburkan Bersatu
Hipotesis Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkemungkinan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan bertindak membatalkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana aduan yang diterima oleh jabatan itu.
Timbalan Presiden Bersatu itu berkata, tiada satu pun aduan diterima oleh RoS dimaklumkan kepada parti itu atau dipanggil untuk menjawab segala aduan yang dibuat oleh sekumpulan ahli dan bekas ahli parti itu.
“RoS tidak memberi sebarang respon kepada surat rasmi tetapi sebaliknya ketua pengarah RoS pula, kerap membuat kenyataan media mengenai aduan yang dikemukakan kononnya oleh ahli PPBM mengenai parti.
“Tindakan RoS itu telah membayangkan bahawa PPBM akan dibatalkan pendaftarannya kerana aduan tersebut.
“Tidak ada di antara aduan diterima pendaftar pertubuhan di panjangkan kepada PPBM unuk dijawab dan diberikan penjelasan bagi pihak parti.
“Sama ada aduan mereka itu berasas atau pun tidak,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
Justeru katanya, tindakan membisu RoS terhadap surat yang pernah dihantar dan aduan-aduan yang diterima oleh RoS dan tindakan SPRM terhadap perkembangan siasatan kes membabitkan sogokan terhadap ahli parti, menjelaskan Umno-BN ujarnya, semakin terancam dengan perkembangan Bersatu dipersada politik tanah air.
“Kita tahu Pilihan Raya Umum ke-14 akan berlansung tidak lama lagi. Sudah jelas Umno berasa terancam dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap PPBM.
“Sudah pasti untuk Umno-BN kekal berkuasa dan elak daripada Najib didapati bersalah dia mesti menang.
“Najib sendiri mengakui bahawa dia mempunyai wang berbilion ringit dalam akaun peribadi.
“Tidak boleh disangkal lagi semua aduan dikemukakan kepada RoS adalah ditaja oleh Najib dan Umno supaya RoS boleh gunakan alasan itu (aduan ahli/bekas ahli) untuk membatalkan PPBM dan pertahankan kuasa Najib, Umno dan BN,” dakwanya.
Bahkan Mukhriz mendakwa kemungkinan apa yang disebutkannya itu terbukti, apabila tertangkapnya agen Umno oleh SPRM sendiri ketika suspek cuba menyogok pemimpin PPBM sebagaimana didedahkan oleh peguam parti Mohd Haniff Khatri Abdullah melalui sidang media sama hari ini.
“Tidakkah kemungkinan ini terbukti dengan jelas apabila tertangkap agen Umno itu oleh SPRM sendiri sewaktu cuba menyogok pemimpin PPBM.
“Jika SPRM tidak lakukan apa-apa (tindakan) mengenai kes ini maka aduan tersebut boleh diambil serius oleh RoS.
“PPBM boleh dinyahsenaraikan dan Umno akan mendapat kelebihannya,” ujarnya.
Justeru kata beliau lagi hipotesisnya itu boleh disimpulkan dengan tiadanya tindakan SPRM dan ‘ugutan’ RoS untuk membatalkan pendaftaran PPBM.
“Mungkin arahan secara lansung itu dibawah pejabat perdana menteri,” dakwnya.
Sambung beliau lagi bagi menggelak persepsi masyarakat sedemikian, kedua agensi itu (RoS dan SPRM) ujarnya lagi, perlu patuh dengan piawaian mereka.
“Patuhi piawaian sendiri dan laksana tanggungjawab secara profesional.
“Jika tiada tindakan diambil saya tidak terkejut jika Malaysia jatuh tangga ke 62 daripada 55 pada tahun 2016 lalu dalam indek rasuah Tranparency Nasional yang diumumkan minggu lalu,” ujarnya.
Turut hadir dalam sidang media Ketua Srikandi PPBM Rina Harun dan Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.
No comments:
Post a Comment