Pages

Thursday, 15 February 2018

[Video Shafie Apdhal-PERTAHANKAN HAK Anak NEGERI SABAH!] Kami hanya lawan pemimpin korup, kata Patriot.

Jumaat, 16 Februari 2018

Foto Otai BERSIH.
Makcik tu Pandang pun tak.......... kihkihk

Kami hanya lawan pemimpin korup, kata Patriot

Kami hanya lawan pemimpin korup, kata Patriot
Brig. Jen. (Bersara) Mohd Arshad Raji mengatakan persatuan pesara tentera dan polis itu tidak pernah menyebar politik kebencian dan mereka tidak menentang kerajaan tetapi melawan pemimpin yang korup. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Februari, 2018.
PATRIOT, sebuah kumpulan pesara anggota polis dan tentera hari ini menjelaskan yang mereka tidak menentang kerajaan sebaliknya melawan pemimpin tidak cekap dan korup.
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyelar kenyataan Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein yang mengatakan Patriot adalah salah sebuah kumpulan yang cuba mempengaruhi pemikiran anggota tentera untuk menentang kerajaan.
Hishammuddin dilaporkan mengecam tindakan Patriot mengkritk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai gagal menyemai semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
Mejar (Bersara) Ismail Jr Feisol dilaporkan berkata selepas sidang media diadakan pada Rabu yang PLKN gagal kerana ia dilaksanakan oleh individu tidak berpengalaman.
Hishammuddin semalam mengatakan Patriot diberikan ruang untuk memberikan cadangan tetapi tidak memberikan apa-apa, dan beliau percaya kumpulan itu cuba mempengaruhi anggota tentera untuk menentang kerajaan.
Presiden Patriot Brigadier Jeneral (Bersara) Arshad Raji berkata Hishamuddin hanya memilih untuk mengkritik kenyataan salah seorang ahlinya walaupun kumpulan itu jelas mengatakan ia bersedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menambah baik PLKN.
Patriot bagaimanapun, kata Arshad menyokong kenyataan ahlinya itu kerana PLKN gagal mencapai objektifnya walaupun sudah membelanjakan lebih daripada RM7 bilion sejak 2004 hingga 2015.
“Bolehkah Hishammudin dengan jujur mengatakan objektif PLKN sudah tercapai atau separa tercapai?
“Jika ya, mengapa sekarang kita lihat ahli politik menyebarkan terlalu banyak ucapan kebencian? Mengapa individu yang tindakan dan kelakuan taksub, kebencian dan berniat jahat seolah-olah menerima keizinan daripada mereka yang berkuasa?
“Bolehkah kita kata yang ketidaksejahteraan antara kaum dalam kalangan pelajar universiti di kampus hanyalah masalah silam?”
Katanya, situasi semasa membuatkan rakyat berfikir tentang tuduhan pengkritik yang program itu hanyalah “skim buat duit”
Arshad mengatakan moto hidup anggota badan beruniform adalah “tiada tentera yang teruk, hanya pegawai (pemimpin) yang teruk”.
“Kerana itu, apa sahaja kekurangan kesan PLKN, kesilapan tidak terletak pada anak muda dan pelatih tetapi tanggungjawab pemimpin negara. Menteri pertahanan perlu bertanggungjawab.”
Patriot juga, katanya tidak pernah mengamalkan politik kebencian kerana kenyataan medianya sentiasa berasaskan isu semasa.
“Kami menggalakkan dan terus memperjuangkan perpaduan nasional, selain meminta kebajikan lebih baik untuk veteran (tentera) dan pesara polis.” – 16 Februari, 2018.
TMI.

1 comment: